Перейти к содержимому

“The Stupidest Thing” — Salah Ke Mahasiswa Tanya Soalan Tentang Rasuah? | EXPLAIN SIKIT EP43

KiniTV

0:00 / 0:00

“The Stupidest Thing” — Salah Ke Mahasiswa Tanya Soalan Tentang Rasuah? | EXPLAIN SIKIT EP43

7 889 просмотров · 16 часов назад
KiniTV
2,45 млн подписчиков
7 889 просмотров · 16 часов назад
Ummi Umairah Bakhit menjadi tumpuan selepas mengemukakan soalan tentang rasuah dan sumbangan kepada bekas perdana menteri Najib Razak di forum iFuture 2026. Tetapi mengapa soalan itu mencetuskan reaksi begitu besar? Adakah mahasiswa tidak boleh mempersoalkan pemimpin apabila isu integriti dibangkitkan? Bagi aktivis mahasiswa Brendon Gan, jasa seseorang pemimpin juga tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalalkan rasuah. Dalam episod Explain Sikit, Kini! kali ini, Ummi dan Brendon berkongsi pandangan tentang kecaman terhadap mahasiswa yang bersuara, kebebasan aktivisme di kampus, pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), ketelusan pentadbiran universiti serta prestasi Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli. ---------------------------------------------------------------------------------- ►Timestamps 00:00 - Saya tanya sebab nak tahu apa pandangan Khairy 07:46 - Jasa pemimpin tidak menghalalkan rasuah 14:05 - Saya bukan orang suruhan mana-mana parti politik 19:26 - Aktivis mahasiswa terlalu emosi? 23:34 - Kesatuan mahasiswa turut dipengaruhi parti politik 26:42 - Salah guna kuasa juga boleh bermula di universiti 30:45 - Rasuah di Malaysia sistemik, dilindungi undang-undang 36:00 - Mansuh AUKU - Adakah hanya nak tarik undi anak muda? 41:39 - AUKU ada banyak peruntukan bersifat regresif 44:57 - AUKU menginstitusikan rasuah, sangat membimbangkan 46:52 - Disiasat polis lepas bersuara depan Zambry 49:41 - Prestasi Adam Adli - apa kata Ummi, Brendon? 56:19 - Undi18 - Pengundi muda dah cukup literasi politik? 🎙️ Explain Sikit, Kini! ialah podcast berbahasa Melayu yang dibawakan oleh wartawan dan editor KiniTV dan Malaysiakini bersama tetamu jemputan, membincangkan isu-isu panas di sebalik tajuk-tajuk berita utama. Pengacara: Yiswaree Palansamy Penerbit: Azreen Madzlan Jurukamera: Tan Fu Qi Penyunting Visual: Mohd Azudin Shah Terbitan: KiniTV