5 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Bing Bahasa Melayu
Bing - Bahasa Melayu
0:00 / 0:00
5 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Bing Bahasa Melayu
176 442 просмотра · 6 месяцев назад
Bing - Bahasa Melayu
415 тыс. подписчиков
176 442 просмотра · 6 месяцев назад
➡️ LANGGAN untuk lebih banyak Bing: http://bit.ly/BingBahasaMelayu ⬅️
5 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Kartun untuk anak-anak
00:00 Selamat Tinggal
Bing sedang bermain dengan belon oren baru tetapi ketika dia meloncat di atas belon dengan terlalu lasak, belon itu ‘ MELETUP. Bing berasa sedih kehilangan belon barunya, jadi Flop membantunya untuk letakkan serpihan belon yang pecah ke dalam “Kotak Selamat Tinggal”; iaitu sebuah kotak memori yang menyimpan barang-barang rosak yang tidak boleh diperbaiki lagi, tetapi terlalu istimewa untuk dibuang.
06:23 Kasut hujan
Hari ini adalah hari yang basah dan dipenuhi air jadi Bing memakai kasut hujannya untuk membantu Flop membuang sampah. Di halaman rumah, Bing memercik-mercikan air sambil mengikuti jejak siput tetapi apakah yang akan terjadi apabila Bing melakukan PERCIKAN BESAR dan dapati ada lubang di dalam kasutnya?
12:46 Ais Loli
Hari yang panas! Bing dan Flop sedang mengisi air di dalam kolam di halaman rumah. Sambil menunggu, mereka dapatkan ais loli yang sejuk dari Gilly! Sewaktu mereka berteduh bersama ais loli mereka, Bing terdengar percikan! Ada katak! Katak itu sedang berenang dan tidak dapat keluar dari kolam! Apakah yang akan terjadi kepada ais loli Bing dan Flop ketika mereka menyelamatkan katak tersebut?
19:09 Kereta api
Bing dan Pando sedang bermain dengan kereta api mainan Bing di taman permainan. Kereta api itu pandai melintasi jambatan dan hebat dalam meluncur. Tetapi ketika Bing meluncurkannya dari bumbung rumah mainan, kereta api jatuh terhempas dan pecah. Adakah Bing dapat membaikinya?
25:32 Bunga Dandelion
Bing dan Flop sedang bermain di taman hari ini apabila Bing ternampak bunga Dandelion! Dia meniup benih bunga Dandelion sambil melihatnya terbang pergi. Bing kemudian memutuskan untuk menyimpan bunga terakhir untuk diberikan kepada Sula, tetapi susah sangat nak hentikan benih itu daripada terbang. Adakah dia akan dapat menghalang benih tersebut daripada terbang ditiup angin sewaktu dia sedang berjalan ke rumah Sula?
*****
Tonton lebih banyak daripada Bing:
▶️ Bing: Episod Terbaik: https://bit.ly/BingEpisodTerbaik
▶️ Bing: Episod Penuh: http://bit.ly/BingEpisodPenuh
▶️ Bing: Kompilasi Episod Penuh: http://bit.ly/BingKompilasiEpisodPenuh
▶️ Bing: Bit Terbaik: http://bit.ly/BingBitTerbaikMalayu
▶️ Bing: Episod Double: http://bit.ly/BingEpisodDouble
#bingMelayu
#bingEpisod
*****
🎮 "Bing: Let's Play" app (Google Play, Apple & Amazon stores) http://onelink.to/bingapps
*****
Youtube rasmi Bing Bahasa Melayu – tempat tinggal buat Bing, Sula, Flop, Pando dan kesemua rakan-rakan mereka.
Bing ialah seorang kanak-kanak prasekolah sejati yang suka bermain dengan rakan-rakannya. Dia sangat berminat untuk mencuba perkara-perkara baru, dan dia selalu bersemangat untuk melayari kehidupan! Bing penuh dengan perasan ingin tahu, positif dan ikhlas, dan oleh kerana dia masih kecil, dia sering melalui banyak perkara buat pertama kalinya.Benar, adakalanya dia mendapat benjolan kecil, atau tertumpahkan sesuatu, atau mengalami kekecewaan yang tidak dijangkakannya, tetapi pada saat-saat itulah, Bing dapat mengenal emosinya! Di sisi Bing ada Flop, seseorang yang membawa bersamanya kesabaran, kasih sayang dan kebaikan, dan seseorang yang selalu membuatkan sesuatu menjadi lebih baik.
Duduk dan nikmati klip-klip hebat bersama kompilasi-kompilasi bertema yang menyeronokkan – ditambah dengan video muzik yang direka untuk menggerakkan dan menggembirakan Bingsters di seluruh dunia. Ia adalah gaya Bing!
➡️ Laman web: https://www.bingbunny.com
➡️ Instagram: / bingbunny
➡️ Facebook: / bingbunny
© ACAMAR FILMS LIMITED