Перейти к содержимому

DUN Melaka Dah Bubar, BERSAMA #WeFund Melaka

Rafizi Ramli

0:00 / 0:00

DUN Melaka Dah Bubar, BERSAMA #WeFund Melaka

7 465 просмотров · 13 ч назад
Rafizi Ramli
124 тыс. подписчиков
7 465 просмотров · 13 ч назад
22 September 2026 𝗗𝗨𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 𝗗𝗔𝗛 𝗕𝗨𝗕𝗔𝗥, 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 #𝗪𝗘𝗙𝗨𝗡𝗗 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 Sekarang banyak kempen derma. BERSAMA bergantung kepada sumbangan orang ramai untuk membiayai kempen pilihan raya yang kami sertai. Minggu lepas, kami telah buka jualan tiket ke majlis kutipan dana #WeFund Melaka pada 3 Oktober ini sebagai persediaan pilihan raya negeri Melaka. Hari ini, pembubaran DUN Melaka telah disahkan. Saya agak bimbang sebab memang nampak kami kalah dengan kempen dana RM50 juta yang satu lagi. BERSAMA hanya ada 10 hari sahaja lagi untuk menjual tiket-tiket ke majlis kutipan dana #WeFund Melaka ini. Persediaan BERSAMA untuk pilihan raya Melaka ini lebih tersusun. Calon-calon bagi 16 kerusi yang akan ditandingi telah diumumkan lebih sebulan lalu dan mereka telah berkempen lebih awal. Khamis ini, 24 September, saya akan pengerusikan mesyuarat pilihan raya Melaka dengan keseluruhan pasukan BERSAMA. Insya-Allah, saya yakin persediaan kempen kali ini adalah baik bagi sebuah parti yang berusia 4 bulan. Tapi kami juga perlu bergantung kepada bantuan ahli-ahli BERSAMA dan orang ramai untuk menyumbang kepada dana pilihan raya #WeFund Melaka ini. Oleh itu, saya mohon jasa baik sahabat-sahabat. Yang berkemampuan dan ada kelapangan, bolehlah membeli tiket-tiket. Paling kurang, tolong hebahkan kepada yang lain supaya lebih ramai tahu macam mana boleh menyumbang. Majlis kutipan dana #WeFund Melaka akan diadakan pada hari Sabtu, 3 Oktober 2026 jam 8 malam di IDCC Shah Alam, Jalan Pahat 15/L, Seksyen 15, Shah Alam. Tiket-tiket berharga RM150, RM500, RM1,000 dan RM2,000 boleh mula dibeli secara online di bersama.org atau klik https://bersama.org/ms/acara/wefund-2... atau imbas kod QR ini. Jika mampu, boleh juga menyumbang secara crowdfunding di bersama.org klik Bantu Kami, atau buat sumbangan ke akaun Parti BERSAMA Malaysia, CIMB nombor akaun 86 0650240 9 Mohon sebarkan melalui Whatsapp dan media sosial anda supaya lebih ramai maklum mengenai majlis kutipan dana ini dan boleh menyumbang.