Перейти к содержимому

6 Sep 26 IRSYAD AL-QORI [IBNU ABI JAMROH ](148 -149-150)

Ustaz Abdul Rahim

0:00 / 0:00

6 Sep 26 IRSYAD AL-QORI [IBNU ABI JAMROH ](148 -149-150)

22 просмотра · 5 часов назад
Ustaz Abdul Rahim
1,06 тыс. подписчиков
22 просмотра · 5 часов назад
Masjid Nurul Hidayah 6/9/26 ارشاد⅞ القارئ : 7 بشرح مختصر uuصحيح البخاري (Mukhtasar Ibnu Abi. Jamrah) 148 Daripada Ibn Abbas R.Anhuma bahawa sesungguh nya dia mendengar Nabi ﷺ bersabda: لا يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ، وَلَا تُسَافِرَنَّ امْرَأَةٌ إِلَّا وَمَعَهَا مَحْرَمٌ، فَقَامَ رَجُلٌ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ اكْتُبْتُ فِي غَزْوَةِ كَذَا وَكَذَا وَخَرَجَتْ امْرَأَنِي حَاجَّةٌ. قَالَ: اذْهَبْ فَحُجَّ مَعَ امْرَأَتِكَ. Maksudnya: "Janganlah berkhalwat seorang lelaki dengan seorang perempuan. Dan janganlah bermusafir seseorang perempuan itu melainkan bersama dengan mahramnya." Lantas bangun seorang lelaki seraya berkata: "Hai Rasulullah ﷺ ! Nama aku telah didaftarkan untuk berperang maka isteriku telah keluar untuk mengerjakan haji." Baginda ﷺ bersabda: "Pergilah engkau mengerjakan haji bersamanya." Fiqh dan Faedah Hadis Antaranya: Pensyariatan nikah kahwin. Begitu juga Islam mengaturkan sistem hidup berumah tangga dengan penuh kelengkapan, dari mukadimah kepada zina. Tidak harus perempuan bermusafir berseorangan. Perempuan hendaklah bermusafir bersama suami ataupun mahramnya. Mengiringi isteri melakukan haji amat penting. Ini yang disyariatkan oleh Islam agar perjalanan yang jauh sentiasa dirasakan dalam keadaan terbela dan terpelihara. Kelebihan rumah tangga dengan menegakkan syiar Allah SWT. Apatah lagi ditegakkan yang perkara yang sunat seperti berqiyamullail dan lain-lain. Sifat Rasulullah ﷺ yang menyantuni ummah serta menjadi qudwah dan uswah bagi mereka dalam semua hal. Kelebihan jihad fi sabilillah, di mana hal ini terdapat dalam nas yang banyak. Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani berkata: Diambil faedah daripada hadis ini bahawa menunaikan haji pada hak seumpamanya lebih afdhal daripada jihad. Ini kerana berhimpun antara haji sunat bagi suami dan haji fardu bagi isterinya. Menurut pengarang "Bulghah al-Masalik Li Aqra al-Masalik Fi Mazhab Imam Malik." (Mazhab Maliki): "Jihad di jalan Allah untuk memartabatkan kalimah Allah SWT pada setiap tahun adalah fardu kifayah. Jika telah dilaksana kan oleh sebahagian, yang lain tidak diwajibkan. Namun jihad menjadi fardu ain kepada orang tertentu seperti sembahyang dan puasa apabila dia dipilih oleh pemerintah untuk melaksanakan tugas tersebut atau apabila sebuah wilayah Islam diserang musuh. Ketika itu penduduk wilayah itu wajib dan jika tidak mampu penduduk berdekatan turut diwajibkan. Dalam keadaan ini, wanita dan hamba juga diwajibkan, walaupun mereka dilarang oleh wali, suami, tuan dan peminjam bagi yang berhutang. Jihad juga wajib jika bernazar. Ibubapa hanya boleh melarang jika jihad hanya fardu kifayah. Membebaskan seorang tawanan perang yang ditawn pihak musuh adalah fardu kifayah jika wangnya tidak mencukupi untuk membebaskan dirinya. Walaupun ini bermakna terpaksa menggunakan semua harta umat Islam untuk membebaskan nya. 149 - Daripada Abi Burdah daripada Nabi ﷺ bersabda: ثَلَاثَةٌ يُؤْتَوْنَ أَجْرَهُمْ مَرَّتَيْنِ: الرَّجُلُ تَكُوْنُ لَهُ الأُمَةُ فَيُعَلِّمُهَا فَيُحْسِنُ تَعْلِيمَهَا، وَيُؤَدِّبُهَا فَيُحْسِنُ أَدَبَهَا، ثُمَّ يُعْتَقُهَا، فَيَتَزَوْجُهَا فَلَهُ أَجْرَانِ، وَمُؤْمِنُ أَهْلِ الْكِتَابِ الَّذِي كَانَ مُؤْمِنًا ثُمَّ آمَنَ بِالنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَهُ أَجْرَانِ وَالْعَبْدُ الَّذِي يُؤَدِّي حَقَّ اللَّهِ وَيَنْصَحُ لِسَيِّدِهِ فَلَهُ أَجْرَانِ. Maksudnya: "Terdapat tiga orang yang diberikan ganjaran kepada mereka sebanyak dua kali. Lelaki yang mempunyai hamba perempuan kemudian dia mengajarnya dan mengelokkan pengajaran serta mengasuhnya dengan asuhan yang baik kemudian dibebaskannya dan menikahi hamba tersebut maka diberi dua kali ganjaran. Dan ahli Kitab yang telah beriman kemudiannya beriman pula dengan Nabi ﷺ juga diberi dua kali ganjaran. Dan hamba yang menunaikan hak Allah SWT serta menasihati tuannya maka dia mendapat dua kali ganjaran." Fiqh dan Faedah Hadis Antaranya: Gandaan pahala Allah SWT kepada lelaki yang mempunyai hamba perempuan kemudian beliau mengajar, mengasuh, memerdekakannya dan mengahwininya. Orang yang beriman di kalangan ahli kitab kemudian beriman dengan Rasulullah ﷺ mendapat dua pahala. Hamba yang menunaikan hak Allah SWT, nasihat kepada tuannya mendapat dua pahala. Kelebihan melakukan kebajikan. Manusia yang paling baik adalah yang melakukan banyak kebaikan. Ibn al-Munir berkata: Ahli kitab yang beriman mestilah beriman dengan nabi kita Muhammad ﷺ. Kelebihan memberi nasihat sesama manusia serta kelebihan mengajar manusia dan menjadi guru. 150- Daripada Ibn Umar R.Anhuma katanya: نَهَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ قَتْلِ النِّسَاءِ والصِبْيان. Maksudnya: "Rasulullah ﷺ menegah daripada membunuh wanita dan kanak-kanak."