SHANGHAI Lagi Best Dari Yang Kami Sangka!
travelmates
0:00 / 0:00
SHANGHAI Lagi Best Dari Yang Kami Sangka!
11 424 просмотра · 5 дн. назад
travelmates
954 подписчика
11 424 просмотра · 5 дн. назад
SHANGHAI, CHINA
Shanghai sebenarnya bukanlah destinasi yang ada dalam bucket list kami. Tapi disebabkan terjumpa tiket flight murah, akhirnya kami sampai juga ke sini!
Siapa sangka Shanghai jauh berbeza daripada apa yang kami bayangkan. Bandarnya moden, bersih, tersusun dan ada vibe macam Jepun & Korea!
Dalam travelogue kali ni, kami nak bawa korang explore dua sisi Shanghai — kemodenan bandar metropolitan dan keindahan suasana tradisional China.
Antara tempat yang kami explore:
📍 Nanjing Road – Syurga shopping yang meriah siang dan malam!
📍 The Bund – Menikmati pemandangan Shanghai dan Sungai Huangpu yang cukup cantik pada waktu malam.
📍 Oriental Pearl Tower – Bangunan ikonik Shanghai dengan seni bina futuristik.
📍 Suzhou – Explore Lingering Garden dan suasana klasik di Pingjiang Road.
📍 Wukang Road – Jalan santai sambil menikmati seni bina bangunan bersejarah.
📍Tak lengkap travel ke China kalau tak cuba makanan tempatan, termasuk mee tarik halal yang memang sedap!
Percutian yang pada mulanya tak dirancang, akhirnya menjadi antara pengalaman yang paling kami tak sangka akan suka.
Berbaloi ke datang Shanghai? Jom ikut perjalanan kami sampai habis!
Jangan lupa LIKE, COMMENT & SUBSCRIBE untuk lebih banyak travelogue kami selepas ni!
#Shanghai #ShanghaiTravel #ChinaTravel #TravelogueMalaysia #Suzhou #TheBund #NanjingRoad #TravelVlog #ExploreChina #ShanghaiVlog