Jasad Musafir - Pensil Langit
Pensil Langit
0:00 / 0:00
Jasad Musafir - Pensil Langit
23 139 просмотров · 3 месяца назад
Pensil Langit
11,8 тыс. подписчиков
23 139 просмотров · 3 месяца назад
Di hujung senja, aku bertemu seseorang.
Dia berkata…
Mahu dunia...atau mahu dirimu?
Katanya, setiap insan lahir bersama sebuah kehilangan
satu menanggung jasad yang satu menyimpan sempadan
Dia bentang selembar senja di atas tanah yang tua
Seperti tukang tilik menadah takdir di telapak dunia
Jarinya menadah gelap jemarinya menjahit cahaya
Bibirnya melagukan bahasa yang tak pernah dipelajari manusia
Aku sangka dia sedang memanggil nama para bintang
Rupa-rupanya dia sedang mengejar bayangku seorang
Dia tak meminta darah
Dia tak meminta doa
Dia cuma menyuruh aku berjalan pulang
Dan jangan sesekali menoleh ke belakang
Aku lihat manusia menatang mentari di telapak mata
sedang rembulan dikerat-kerat, dijadikan cermin buat lupa
Mereka berseru (terbanglah tinggi)
Sampai satu malam
Datang membawa bau tanah yang belum disemadikan
Ada doa yang tertinggal di hujung lidah
Ada langkah yang tertimbus di bawah bayang
Ada jejak di belakang
Perlahan tak bergegas
Seperti waktu yang patah
Tetapi enggan rebah
Aku menoleh
Tiada siapa
Aku pulang...Dimana?
Tapi siapa yang membuka pintu?
Aku pulang…Pada siapa?
Tapi siapa yang memakai namaku?
Dia angkat kepala
Wajahnya tiada
Cuma sepasang mata
Dalam kaca ku lihat langit yang pernah aku lupa
Tiada bintang
Tiada bulan
Satu bayang yang sedang duduk bersendirian
Sedang tunduk diam
Sedang menadah malam
Yang gugur dari dahan ingatan
Aku cuba memanggil
Dia tidak berpaling
Aku cuba mendekat
Dia semakin asing
Aku pulang... Dimana?
tapi siapa yang membuka pintu?
Aku pulang...Pada siapa?
tapi siapa yang memakai namaku?
Dia tidak berkata apa-apa
Dia cuma pulang
#rap #music #nusantara