Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 peringkat Pejabat Pendidikan Dearah Simunjan
Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan
0:00 / 0:00
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 peringkat Pejabat Pendidikan Dearah Simunjan
267 просмотров · 6 дней назад
Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan
15 подписчиков
267 просмотров · 6 дней назад
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2025 PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SIMUNJAN
SIMUNJAN, 11 Ogos 2026 – Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Simunjan telah berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2025 bertempat di Hotel Kuching.
Majlis yang penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Snowdan Anak Donald Lawan, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Negeri Sarawak (Industri Kreatif dan Seni Persembahan).
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha Encik Hasbi Bin Ancheh, Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan. Turut hadir menyerikan majlis sebagai wakil rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) ialah Yang Berusaha Puan Hajjah Siti Zulaiha Binti Ibrahim, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran.
Bagi penganjuran kali ini, seramai 98 orang penerima yang terdiri daripada kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan, barisan Pengetua, Guru Besar, serta kakitangan sokongan telah diraikan. Sebagai tanda penghargaan atas komitmen, dedikasi, dan prestasi kerja yang cemerlang sepanjang tahun penilaian, setiap penerima membawa pulang Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Pingat APC, berserta insentif berjumlah RM1,000 dalam bentuk simpanan SSPN (PTPTN). Majlis ini turut dihadiri oleh barisan Pengetua dan Guru Besar dari seluruh daerah Simunjan bagi memberikan sokongan.
Selain penyampaian sijil APC, majlis turut menyelitkan penyampaian Anugerah Khas Sempena Persaraan kepada Encik Ahmad Bin Ismail, mantan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan. Seluruh warga PPD Simunjan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa bakti serta sumbangan kepimpinan yang telah beliau curahkan sepanjang perkhidmatan. Selamat bersara diucapkan.
PPD Simunjan merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima APC. Semoga pengiktirafan ini terus menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga pendidik dan kumpulan pelaksana untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi demi memartabatkan kualiti pendidikan negara.
"Malaysia Madani"
"Pendidikan Manusiawi"
#PPDSimunjan2026
#APC2025
#JPNSarawak
#KementerianPendidikanMalaysia
#SarawakMajuMakmur
#SahsiahTerpujiMemacuPrestasi