Fikrah Pahang: Pembuatan Gula Kabong di Benta, Pahang
Fikrah Pahang
0:00 / 0:00
Fikrah Pahang: Pembuatan Gula Kabong di Benta, Pahang
6 136 просмотров · 5 лет назад
Fikrah Pahang
13,1 тыс. подписчиков
6 136 просмотров · 5 лет назад
Benta, sebuah pekan kecil yang terletak kira-kira 26 kilometer dari bandar Kuala Lipis, satu ketika dahulu terkenal dengan pekan sehari yang menawarkan pelbagai makanan tradisional serta ikan sungai dan sayur-sayuran kampung yang sukar ditemui di tempat lain. Mungkin ramai yang tidak tahu Benta juga sebenarnya tersohor sebagai pusat pembuatan gula kabong secara tradisional yang dihasilkan untuk pasaran tempatan dan luar negeri. Malah, keenakan gula kabong yang dihasilkan penduduk di Kampung Tualang Padang, Benta, sentiasa menjadi sebutan penggemarnya di seluruh negeri Pahang.