Перейти к содержимому

NASIHAT UNCLE AZIZ LEE BERSAMA USTAZ EBIT LEW

Ebit Lew

0:00 / 0:00

NASIHAT UNCLE AZIZ LEE BERSAMA USTAZ EBIT LEW

298 970 просмотров · 7 лет назад
Ebit Lew
1,32 млн подписчиков
298 970 просмотров · 7 лет назад
Menangis lepas Subuh hari ini sebab dapat jumpa uncle Aziz Lee. Saya bawa masuk Islam 4 Ramadhan tahun lepas. So dah 2 x Ramadhan. Walau umur 75 tahun kerana sakit 3hari tak puasa katanya. Jalan kaki pergi Solat Jumaat setiap minggu. Beliau ada parkinson dan matanya dah tak nampak. Tulang belakang dah sakit. Erm kesian dia. Susah senyap jer. Allahu . Uncle Lee jika susah tak pernah minta duit. Beliau peluk saya. Katanya dalam hidup saya rindu ustaz. Saya sayang u sangat macam keluarga sendiri. Saya dah tua tiada sesiapa dalam hidup saya. Hari-hari saya doakan u ustaz. Allah mesti tolong u. Allah mesti tolong u. Terus saya menangis dengar ayat tu . Saya beri duit belanja dan minta bank akaun. Dia tak nak. Saya paksa baru dia ambil. Kami sarapan sama-sama hari ini. I rindu nak jumpa nak peluk anak-anak u. Sebab ayah dia selalu tolong saya. Kita berkeluarga kerana Islam. . U jaga anak baik-baik yer. Bawa kereta perlahan-lahan. Dulu saya salah, kerja kuat hantar anak sekolah pandai. Kurang beri masa dan kasih sayang. Bila dah besar mereka tak ingat saya walau kerja hebat. Bukan salah mereka. Salah saya juga. Saya gembira mereka ada kerja bagus. Saya rindu sayang anak saya. Dulu masa anak kecil isteri meninggal. Saya kuat cari duit sekolahkan anak-anak bagi pandai . U ingat tau beri masa dan peluk isteri dan anak-anak. Saya syukur sebab jumpa u ustaz. Dan sekarang hidup saya bahagia sebab tuhan ada. Bila susah atau sedih saya minta pada dia Allah. Allahuakbar kabira. Allah Maha Besar. Rindu uncle Aziz Lee kerana Allah..Menangis sama-sama cerita pasal Islam dan anak-anak-ebitlew #PertubuhanKasihUmatMalaysia