RESEPI NASI LEMAK
Jom masuk DAPUR
0:00 / 0:00
RESEPI NASI LEMAK
42 300 просмотров · 6 л. назад
Jom masuk DAPUR
129 тыс. подписчиков
42 300 просмотров · 6 л. назад
#nasilemak
#resepinasilemak
Resepi Nasi lemak style kelantan
Bahan untuk nasi
3 pot beras
Setengah cawan santan (saya guna santan kotak ayambrand)
1 ulas bawang putih* hiris
1 inci halia* hiris
Sehelai daun pandan
Sedikit garam
Cara:Basuh beras hingga bersih. Sukat air guna jari,letakkan jari dipermukaan air ,dan air biar sampai 1 ruas jari sahaja. Kemudian masukkan santan, daun pandan,bawang putih,halia dan garam. Kacau sebati dan masak . Bila nasi dah hampir masak,bolehla kacau dan biarkannya masak.
Bahan Sambal tumis ikan bilis
3 genggam ikan bilis
7 sb cili boh( saya guna ciliboh maez)*
Setengah bawang besar*
Setengah bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
Sedikit belacan*
Asam keping
Garam ,gula
Cara: Rebus ikan bilis dalam 20 minit, siap tapis dan simpan air rebusan. Bahan tumis blend bahan bertanda, kemudian tumis hingga naik bau. Tambah gula sebelum naik minyak supaya warna sambal kelihatan merah dan cantik.
Kemudian tambah garam dan asam keping, kacau sekejap kemudian masukkan air rebusan . Kacau sekejap masukkan pula ikan bilis. Kacau hingga sambal mendidih dan masak.
Bahan lain
Telur rebus : telur direbus selama 20 minit (tambah sedikit garam semasa merebus)
Timun
Donee..
Facebook: / jom-masuk-dapur-662179267243946
Instagram: / dapurjommasuk