Maulana Helmi-Tazkirah Ramadhan 1434H
Saiful Nizam
0:00 / 0:00
Maulana Helmi-Tazkirah Ramadhan 1434H
2 245 просмотров · 13 л. назад
Saiful Nizam
577 подписчиков
2 245 просмотров · 13 л. назад
Berikut serba sedikit biodata Al Ustaz Maulana Helmi:
Maulana Helmi yang fasih berbahasa Arab, Urdu dan English selain bahasa ibunda ini baru berumur 35 tahun. Beliau mula menghafal al-Quran pada pada usia 10 tahun dan tamat hafazan di usia 14 tahun di Madraatul Quran di Kubang Buruk, Kuala Trengganu. Yang ironinya, pada seawal usia 10 tahun, bapanya pernah menghantar beliau selama setahun ke Pakistan untuk mendalami ilmu bacaan al-Quran.
Selepas beliau menjadi seorang Hafiz al-Quran, bapanya telah menghantar beliau ke Madrasah An Nur di Yala pada usia 16 tahun untuk mendalami ilmu Pengajian Islam peringkat Ibtidai selama 4 tahun. Kemudian beliau sekali lagi ke Pakistan mengambil Pengajian Islam Peringkat Thanawiyyah di Jamiatul Uloom Islamiyyah Karachi, selama 5 tahun bermula dari tahun 1988 hingga 1992. Menariknya Maulana Helmi juga pernah ke Afrika Selatan mendalami Pengajian Takhassus Ilmu Hadis (Sahih as Sittah) dan tamat pengajian di Darul Uloom, Zakariya di Johannesburg Afrika Selatan selama 2 tahun.
Sekembali Maulana Helmi ke tanah air pada 2003, beliau telah mengambil Diploma Syariah di Akademi Pengajian Islam dan Dakwah di Manjung, Perak selama 6 bulan dan kemudian melanjutkan pengajian di Fakulti Syariah dan Undang-undang di Universitas Islam Negeri, Syarif Hidadayatullah Jakarta selama 2 tahun.
Pada masa kini selain menguruskan 2 madrasah Tahfiz al-Quran, Maulana Helmi giat memberikan ceramah di masjid-masjid sekitar Pahang khususnya kawasan Jerantut dan juga memberikan ceramah motivasi di kawasan setempat. Beliau juga turut memberikan Kuliah Mingguan di Bank Rakyat, Jerantut.
Maulana Helmi juga pernah dijemput menjadi Imam di Masjid Fuji, Jepun selama 3 bulan pada tahun 2006 dan sekali lagi dijemput menjadi Imam di Masjid Ichikawa, Jepun pada tahun 2008 selama 1 bulan