MENGENANG TUN HANIF OMAR
Tanah Berdaulat TV
0:00 / 0:00
MENGENANG TUN HANIF OMAR
10 113 просмотров · 1 мес. назад
Tanah Berdaulat TV
82,1 тыс. подписчиков
10 113 просмотров · 1 мес. назад
Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar melakar sejarah dalam perkhidmatan Sang Saka Biru sebagai individu paling muda dan lama menerajui tampuk kepimpinan pasukan keselamatan negara.
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974 menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang terbunuh ditembak komunis.
Mohammed Hanif, 85, yang menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 2024 akibat sakit buah pinggang memegang jawatan KPN selama 20 tahun sebelum bersara pada 16 Jan 1994.
Baru-baru ini Universiti Sains Malaysia (USM) melancarkan biografi ‘Where Honour Stood: The Life and Legacy of Tun Hanif Omar’ tulisan bersama anaknya sendiri, Kapten (B) Abdul Rahmat Omar dan wartawan Zaidi Azmi.
Setebal 314 halaman, buku ini menghimpunkan pelbagai pengalaman dan kenangan bermula dari zaman pendudukan Jepun, era ancaman komunis, peristiwa 13 Mei, tragedi Memali hinggalah ke detik-detik akhir kehidupan beliau.
Jangan lupa saksikan rakaman temubual eksklusif bersama mereka berdua dalam podcast Xklusif Bersama Syahril di Youtube Tanah Berdaulat TV pukul 9 malam ini!