Tauhid Hakiki
nothing else done
0:00 / 0:00
Tauhid Hakiki
132 просмотра · 2 недели назад
nothing else done
42 подписчика
132 просмотра · 2 недели назад
Tauhid Hakiki
Bismillah dimula kalam yang suci,
Dengan nama Allah Yang Maha Tinggi,
Selawat dan salam ke atas Nabi,
Kekasih Pencipta, penunjuk jalani.
Awalnya langkah di medan fana,
Mencari jawapan rahsia yang ada,
Kejayaan dunia bukanlah cita,
Mengenal Ilahi matlamat jiwa.
Wahai diri yang pelupa dan alpa,
Mengapa kau megah dengan perkasa?
Tiada jasadmu punya kuasa,
Segala-galanya milik Yang Esa.
Ada empat ta’ayun menyingkap rahsia,
Satu yang zahir, tiga di jiwa,
Jasad bertubuh membungkus rasa,
Qalbu, roh, dan sirr di dalam dada.
Zahir ini muakhkhar sifatnya,
Batin itu muqaddam yang utama,
Bila hati suci terpelihara,
Lahiriah indah bersinar cahaya.
Tiada daya, tiada upaya,
Melainkan dengan bantuan Dia.
Hamba fana, Tuhan Yang Baqa,
Hanya Allah tempat berserah.
Hati yang mati mesti dihidupkan,
Dengan zikir nafas yang dibiasakan,
Allahu Allah sentiasa diucapkan,
Lalai dan lupa kita hapuskan.
Mata di kepala melihat rupa,
Mata di hati mengenal Yang Ada,
Siapa yang buta di dunia fana,
Di akhirat kelak butalah jua.
Buta bukanlah gelapnya pandangan,
Tetapi hati yang penuh kealpaan,
Tak nampak petunjuk, tak kenal Tuhan,
Tenggelam dalam cengkeraman syaitan.
Setiap gerak, setiap langkah,
Bukanlah berdiri atas gagah,
Allah yang beri kuwat dan limpah,
Barulah fi’il terjadi bermaknah.
Dari kuwat lahirnya harakat,
Dari harakat menjadi fi'il tersurat,
Menggosok gigi mahupun berlewat,
Tanpa bantuan-Nya tiadalah dapat.
Janganlah mendakwa kekuatan milikmu,
Itu syirik khafi merosakkan kalbumu,
Kembalikan hak-Nya di setiap waktu,
Tunduk menyembah di sejadah syahdu.
Allah kurniakan akal yang sempurna,
Bukan untuk megah di atas dunia,
Kitab dan syariat pimpinan bersama,
Agar tak sesat di jalan mara.
Ikhtiar diberi sebagai ujian,
Pilihlah Taat, jauhi kemungkaran,
Jangan diturut nafsu dan syaitan,
Hingga terjerumus ke dalam kehancuran.
Carilah mursyid yang memimpin jalan,
Menyuci hati daripada celaan,
Pelihara bai'ah, pegang perjanjian,
Jangan dikianat kerana keduniaan.
Ilmu makrifat bukannya jualan,
Bukan mencari nama dan kemasyhuran,
Hanyalah untuk mendapat keredhaan,
Pasrah dan ikhlas sepanjang zaman.
Tiada daya, tiada upaya,
Melainkan dengan bantuan Dia.
Hamba fana, Tuhan Yang Baqa,
Hanya Allah tempat berserah.
Rabbul Izzati Ampunilah kami,
Atas lalai yang menguasai diri,
Kembalikan kami ke jalan yang suci,
Dengan tauhid hakiki yang abadi.
La ilaha illallah...
Allah... Allah... Allah...
Tiada wujud melainkan Dia,
Hamba berserah jiwa dan raga.