Isham Jalil: 'Ismail Lasim kata proklamasi tak sah sebab tandatangan under duress,itu hujah merepek'
Malaysianometry 🇲🇾
0:00 / 0:00
Isham Jalil: 'Ismail Lasim kata proklamasi tak sah sebab tandatangan under duress,itu hujah merepek'
36 288 просмотров · 11 часов назад
Malaysianometry 🇲🇾
73,2 тыс. подписчиков
36 288 просмотров · 11 часов назад
Isham Jalil mempersoalkan dakwaan Datuk Ismail Lasim bahawa beliau menandatangani proklamasi penurunan takhta Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan secara paksaan.
Menurut Isham, standard “duress” dalam undang-undang adalah tinggi dan bukan sekadar tandatangan secara bantahan atau kerana tekanan politik. Dakwaan paksaan juga perlu disokong dengan elemen ugutan yang jelas serta tindakan segera selepas kejadian.
Isham turut meminta pihak yang berada dalam mesyuarat ketika dokumen itu ditandatangani menjelaskan sama ada wujud sebarang ugutan terhadap Menteri Besar.
Katanya, jika tandatangan itu sah, maka proklamasi berkenaan juga sah dan isu tersebut perlu diselesaikan mengikut undang-undang, perlembagaan serta adat Negeri Sembilan.
Jangan lupa untuk like, komen, dan langgan saluran kami untuk perkembangan terkini!
#malaysianometry #perikatannasional #tanahmelayu #politik