Перейти к содержимому

KAEDAH IKAT DARAH DENGAN POTONG AYAT AL-QURAN? SURAH FIL DIGUNA LAGI? UST ARIFIN AYOB AMBIL MANA?

Syihabudin Ahmad

0:00 / 0:00

KAEDAH IKAT DARAH DENGAN POTONG AYAT AL-QURAN? SURAH FIL DIGUNA LAGI? UST ARIFIN AYOB AMBIL MANA?

17 594 просмотра · 2 дня назад
Syihabudin Ahmad
312 тыс. подписчиков
17 594 просмотра · 2 дня назад
Dalam video ini, kita membincangkan satu kaedah rawatan yang mengarahkan bacaan Surah al-Fil dihentikan pada lafaz “rabb” dan jangan disambung menjadi “rabbuka”, dengan dakwaan jika dibaca sampai “rabbuka”, darah akan “terbuka balik”. Persoalannya: dari mana datang kaedah ini? Saya tidak mempertikaikan penggunaan ayat al-Quran sebagai ruqyah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Ruqyah menggunakan al-Quran memang mempunyai asas daripada Sunnah Nabi Muhammad SAW. Tetapi apabila satu formula khusus dicipta — “rabb” dikaitkan dengan mengunci darah, manakala “rabbuka” dikaitkan dengan membuka kembali darah — kita perlu bertanya apakah sandarannya. Dalam bahasa Arab, lafaz رَبُّكَ (rabbuka) membawa maksud “Tuhanmu”. Ia tidak mempunyai hubungan dengan perkataan Melayu “buka”. Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab dan mesti difahami berdasarkan bahasa Arab, bukan berdasarkan kebetulan bunyi sesuatu lafaz dengan perkataan dalam bahasa Melayu. Video ini juga membincangkan bahaya khurafat apabila kepercayaan yang tidak mempunyai asas mula dibungkus dengan nama agama dan ayat al-Quran. Lawan kepada khurafat ialah ilmu. Kita perlu kembali kepada al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW yang sahih. Jangan mudah menerima sesuatu amalan hanya kerana ia disebut sebagai “rawatan Islam”. 📚 Dapatkan Sahih al-Bukhari Terjemahan Bahasa Melayu Malaysia dan jadikan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW sebagai rujukan untuk diri serta keluarga. 👉 Link pembelian: bukusantaiilmu.com Jika video ini bermanfaat, tekan SUBSCRIBE dan SHARE supaya lebih ramai mendapat manfaat. Anda juga boleh menyokong usaha menghasilkan kandungan ilmu melalui butang SUPER THANKS. #SyihabudinAhmad #AlQuran #SurahAlFil #Ruqyah #Khurafat #Sunnah #Hadis #SahihBukhari #RawatanIslam #SantaiIlmu #SyihabudinAhmad #baca #nabi #alquran #darah #rabb #agama