🏔️ Bukit Larut(Maxwell Hill) Lebih Tua Dari Cameron Highlands | Taiping, Perak, Malaysia.
Fazlima Observatory
0:00 / 0:00
🏔️ Bukit Larut(Maxwell Hill) Lebih Tua Dari Cameron Highlands | Taiping, Perak, Malaysia.
1 344 просмотра · 2 месяца назад
Fazlima Observatory
543 подписчика
1 344 просмотра · 2 месяца назад
🏔️ Bukit Larut(Maxwell Hill) Lebih Tua Dari Cameron Highlands | Taiping, Perak, Malaysia.
Kawasan rehat dan ladang teh yang di buka lebih awal daripada Cameron Highlands adalah di Bukit Larut Taiping atau nama lamanya Maxwell Hill.
Pengunjung yang nak naik kat atas Bukit Larut ni sebenarnya tak boleh bawa kenderaan sendiri.
Sebabnya jalan nak naik ni sempit, curam dan berbahaya hanya sesuai untuk kenderaan pacuan 4 roda yang di pandu oleh pemandu khas yang terlatih.
Tiket nak naik jip yang disediakan ni berharga RM 40 untuk seorang. Boleh beli kat kaunter tiket dalam pejabat pengurusan di kaki Bukit Larut ni.
Sebaik-baiknya booking awal dulu sebab jip nak naik dan jumlah pengunjung untuk satu-satu kenderaan tu terhad. Kemungkinan besar pengunjung ramai pada waktu cuti dan hujung minggu.
Kalau waktu kerja biasa mungkin sikit ja pengunjung yang nak naik. Nanti lepas book dapatlah conformation.
Boleh jugak kalau nak walk-in je tapi peluang nak naik tu ikut nasiblah.
*Nombor telefon untuk booking : - 019-5124193*
Kenderaan persendirian kena parking kat luar pagar, cuma kena bersaing sikit lah, dengan pelanggan restoran kat tepi ni. Restoran ni buka pagi sampai tengahari, untuk makluman pada sesiapa yang nak bersarapan sebelum naik.
Untuk makluman, jip ni akan bawa anda sampai ke stesen utama je, berhampiran dengan penginapan yang dinamakan Rumah Rehat Angkasa, lebih kurang 10 km dari penanda ni dan bukannya sampai ke puncak.
Kat dalam pejabat ni ada maklumat berkaitan dengan rumah rehat yang ada kat atas Bukit Larut ni. Pada sesiapa yang berminat nak merasa bermalam di rumah lama tinggalan British, bolehlah menghubungi pejabat pengurusan.
Di kaki Bukit Larut ni pun ada trail untuk hiking. Kebiasannya ramai yang hiking ikut jalan raya je untuk sampai ke stesen utama.Jadi kepada sesiapa yang tahan nak hiking 10 km sampai ke stesen utama kat atas bolehlah naik free je tak perlu bayar tiket.
Di sepanjang jalan nak naik ni ada 5 pondok rehat. Ada pondok yang lengkap dengan dapur gas untuk kegunaan hiker yang nak masak sambil berehat. Ada berpuluh-puluh selekoh tajam sebelum sampai ke stesen utama. Jalan ni sehala je sebab sempit dan ambil masa lebih kurang 30 minit nak sampai.
Lebih kurang 6 km dari bawah tadi ada Tea Garden. Menurut abang ni, Tea Garden ni adalah percubaan awal British untuk menanam teh di Semenanjung Malaysia ni.
Oleh kerana Bukit Larut ni kecil dan kawasan Cameron Highland lebih besar maka ladang teh ni di tinggalkan begitu sahaja.
Perjalanan dah hampir sampai ke stesen utama, bila anda nampak jambatan gantung ni di sebelah kiri. Kawasan kat atas ni kecil je hanya menempatkan beberapa rumah rehat dan sebuah cafe.
Kat atas ni memang sesuai lah untuk bergambar dengan pemandangan yang cantik cuma tidak lah sebesar Cameron Highland.
Bila dah puas ambil gambar bolehlah jalan kaki ke jambatan gantung tadi. Tak jauh pun hanya perlu turun bukit dengan 2 selekoh.
Dari atas jambatan gantung ni memang boleh nampak lagi jelas selat Melaka kalau cuaca cerah.
Kat hujung jambatan ni ada menara tinjau 3 tingkat yang boleh nampak pemandangan sekeliling dan juga bandar Taiping dari tingkat yang paling atas.
Untuk keselamatan, maksimum pengunjung di atas jambatan gantung tadi adalah seramai 7 orang manakala menara tinjau seramai 10 orang.
Masa nak naik tadi cuaca cerah tapi makin lama cuaca makin mendung dengan awan yang gelap.
Memang sejuk lah bila awan gelap tadi dah sampai ke sini dan suasana pun macam di luar negara. Di tambah pula dengan ketinggian kawasan ini 1036 m dari aras laut. Tak hairanlah kenapa pegawai British dulu suka duduk kat atas ni.
Nama Tempat: Bukit Larut (Maxwell Hill).
Lokasi: Taiping, Perak.
Ciri utama : Tempat bergambar, hiking trail, rumah rehat.
Topik
0:00 Intro.
0:14 Link Road To BOH Tea Centre.
0:27 Link Video BOH Tea Centre.
0:50 Apa yang ada di Bukit Larut (Maxwell Hill)?
1:26 Link Video Part 1 Kuala Kangsar & Taiping.
1:37 Link Video Part 2 Lenggong Geopark Package.
2:00 Lokasi Bukit Larut (Maxwell Hill).
2:13 Cara nak naik & Booking tiket.
3:31 Tempat parking
3:47 Kawasan pejabat pengurusan Bukit Larut (Maxwell Hill).
4:08 Peta Bukit Larut.
4:35 Penginapan di Bukit Larut (Maxwell Hill).
4:55 Kemudahan awam di kawasan pejabat.
5:06 Penjaga Bukit Larut (Maxwell Hill).
5:19 Hiking Trail.
5:38 Perjalanan naik ke atas.
5:59 5 pondok rehat.
6:27 Air terjun.
6:33 Tea Garden
6:58 Stesen Utama.
7:20 Jambatan Gantung & Menara Tinjau.
7:55 Tangga curam.
8:11 Had maksimum.
8:27 Keadaan cuaca di Bukit Larut (Maxwell Hill)
9:13 Perjalanan turun.
9:28 Berselisih.
9:48 Link Video Road to Bukit Larut (Maxwell Hill).
10:00 Link Video Night Safari Zoo Taiping.
Link Part 1: Kuala Kangsar & Taiping:
• 🏔️ Part 1 : Tempat BEST di Kuala Kangsar, ...
Link Part 2: Pakej Geopark Lenggong :
• 🏔️ Part 2 : Tempat BEST di Kuala Kangsar, ...
Link Night Safari Zoo Taiping:
Tempat Bercuti Best di Malaysia
• Tempat BEST di Malaysia
Teluk Batik
• 🏖️ ALTERNATIF kepada Port Dickson bagi WAR...