Перейти к содержимому

MAJLIS ISTIADAT PENTAULIAHAN KOR SISPA PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-16 TAHUN 2025

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

0:00 / 0:00

MAJLIS ISTIADAT PENTAULIAHAN KOR SISPA PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-16 TAHUN 2025

443 просмотра · 1 год назад
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
2,44 тыс. подписчиков
443 просмотра · 1 год назад
#ASPIRASI VIDEO SOROTAN MAJLIS ISTIADAT PENTAULIAHAN KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM (SISPA) PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-16 TAHUN 2025 Sabtu, 16 Ogos 2025 - Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin binti Abdul Rahman berkenan menyempurnakan Majlis Istiadat Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-16 Tahun 2025 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor. Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh YAB KPj. Perdana (PA) Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri; YB Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi dan YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Dalam majlis bersejarah ini, Baginda turut berkenan menyampaikan Anugerah Pegawai Kadet SISPA Terbaik kepada 24 Pegawai Kadet SISPA mewakili Institusi Pengajian Tinggi (IPT) masing-masing dan satu anugerah khas iaitu Piala Ketua Pesuruhjaya Perdana (Best Among The Best). Untuk makluman, seramai 918 orang Pegawai Kadet dari 24 buah Institusi Pendidikan Tinggi dari seluruh Malaysia telah ditauliahkan dengan jumlah 850 orang Pegawai Kadet akan ditauliahkan pangkat Leftenan Muda (Lt. M.) dan 68 orang Pegawai Kadet telah ditauliahkan pangkat Staf Muda (SM). Turut hadir, YBhg. Pj. Bersekutu (PA) Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (TKSUK JPM) bersama YAS TPj. (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM, YBrs. Prof. Dr. Hj. Mohd Sazili bin Shahibi, Timbalan Naib Canselor UiTM, Pengarah-pengarah Bahagian, APM Negeri dan Komandan-komandan Pusat Latihan APM, Pegawai Kanan APM, Pegawai Kehormat dan Pegawai Bersekutu APM, Pegawai dan Anggota APM serta ahli keluarga Pegawai Kadet SISPA yang diraikan. #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI **