RESEPI Semperit Klasik Rangup Diluar Gebu Didalam | TIPS Bunga Kekal Cantik Lepas Bakar
Dayang Suri
0:00 / 0:00
RESEPI Semperit Klasik Rangup Diluar Gebu Didalam | TIPS Bunga Kekal Cantik Lepas Bakar
46 619 просмотров · 5 л. назад
Dayang Suri
121 тыс. подписчиков
46 619 просмотров · 5 л. назад
Hai semua, nak tahu tak rahsia untuk mendapatkan biskut semperit yang lembut dan sangat sedap serta garing kat luar serta cair kat dalam mulut?Juga Dayang ada TIPS untuk bagi kelopak bunga tu kekal cantik terletak elok je langsung tak jatuh lepas kita bakar biskut raya lejen ni!
Selain tu,resepi ni membuat biskut Semprit ni rasanya sangat sedap,wangi hasil campuran buttercup dan marjerin latifolia tu lain macam bila bakar, tekstur garing kat luar,lembut dan gebu kat dalam mulut,cair macam tu je..jom tengok resepi dan video lepas tu boleh cuba sendiri,nak buat berniaga pun boleh juga sempena musim raya ni kan😉
Bahan-bahan ( 1 adunan dapat dalam 80pcs~100pcs)
200g Buttercup Luxury Spread (Lemak / Lepa susu)
50g Marjerin Latifolia
95g gula aising
100g tepung kastard
175g tepung jagung
110g tepung gandum Cap Rose (jangan guna cap lain ye)
1 sudu teh esen vanila
Hiasan ceri warna merah/hijau/cip coklat terpulang pada selera kita ya
NOTA PENTING
1) Ayakkan semua tepung dan gula aising untuk dapat tekstur yang ringan dan tak berketul supaya biskut jadi sedap dan senang nak tekan.
2) Panaskan oven 10~15 minit sebelum bakar biskut, untuk video ni Dayang guna OVEN THE BAKER 100L,suhu 150°C, bakar selama 20~25 minit so dapat kuih yang garing diluar, lembut didalamnya.. ***suhu bergantung pada jenis dan size oven masing-masing.
#biskutraya #semperit #bungadahlia
Oven The Baker- https://invol.co/cl58gtc
Acuan Semperit- https://invol.co/cl58gtx
_____________________________________________
#resepidayangsuri #semperitrangup #kuihsemperit #biskutsemperit
Emel 📧 daayangsuri@gmail.com