Kek paling HANGAT tahun ni? Basque burnt CHEESECAKE dengan BROWNIE kurang manis | basickeli
Basickeli
0:00 / 0:00
Kek paling HANGAT tahun ni? Basque burnt CHEESECAKE dengan BROWNIE kurang manis | basickeli
8 942 просмотра · 1 год назад
Basickeli
96,9 тыс. подписчиков
8 942 просмотра · 1 год назад
Kek terhangat tahun ini, match made in heaven :)
Kali terakhir Ely buat resepi kek cheesecake dan brownie, adalah 7-8 tahun lepas, yang itu brownie cheesecake swirl. Memang laku keras kek tu. Tapi sebab lepas tu nak belajar buat kek lain pula, lama la Ely tak buat resepi kek sebegini
Tiba-tiba tahun ini, Ely tengok resepi ini macam dah semakin popular kembali. Jadi apa lagi, Ely pun sama la terjebak nak buat balik hihihi
Tapi memang kombinasi antara brownie coklat dan kek cheesecake memang sedap, dan tak la semudah boleh campur dua resepi terus jadi
Sebab brownies dan basque burnt cheesecake ada komponen yang sama dibanyakkan, iaitu: Gula. Kalau salah sukat, memang manis leting la kek korang tu
Jadi Ely eksperiment balik, dan buat sukatan yang sesuai untuk kek brownie cheesecake viral ini. Alhamdulillah, memang sedap dia membuat Ely mengimbau balik kak cheesecake brownies yang Ely buat dulu, malah lebih sedap sebab ini adalah basque burnt cheesecake ;)
Lepas tengok resepi, boleh tengok juga merch kami di www.basickeli.com/shop ya
Selamat mencuba, dan selamat membeli
#resepikek #resepibasickeli #cheesecake