Перейти к содержимому

(JOHAN) SANGGAR KENYALANG - UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS || MBK2025

PERKASA USM

0:00 / 0:00

(JOHAN) SANGGAR KENYALANG - UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS || MBK2025

9 345 просмотров · 1 год назад
PERKASA USM
1,76 тыс. подписчиков
9 345 просмотров · 1 год назад
“Tipun Ame”, yang bermaksud pesta kami, merupakan sebuah garapan seni yang diinspirasikan daripada budaya kesyukuran suku Penan di Ulu Miri, dikenali sebagai Pati Jemek. Karya ini menggambarkan semangat perpaduan dan keharmonian dalam kehidupan masyarakat Penan. Persembahan ini diiringi oleh lagu rakyat tradisional Jian Petemeu, yang menjadi lambang penghormatan kepada alam semesta dan para tetamu. Gerak tari yang bertenaga oleh penari lelaki dan wanita mencerminkan cabaran kehidupan seharian masyarakat minoriti ini, sekali gus menjadi asas kepada penciptaan langkah tari yang baharu. Elemen tradisional Ngitiu Penan diolah semula dengan pendekatan segar dalam bentuk seni persembahan pentas. Tipun Ame bukan sekadar sebuah tarian, tetapi merupakan manifestasi jiwa dan warisan budaya suku Penan yang diangkat megah ke pentas moden. Selain daripada gelaran Johan, persembahan ini turut merangkul anugerah Koreografi Terbaik, Penari Lelaki Terbaik menerusi Joshua Gundi Anak Sirai & Penari Wanita Terbaik menerusi Amyza Anak Ajis