Перейти к содержимому

Video Korporat Sekretariat Sukarelawan Universiti Malaya 2017/2018

SEKRUM

0:00 / 0:00

Video Korporat Sekretariat Sukarelawan Universiti Malaya 2017/2018

17 541 просмотр · 8 лет назад
SEKRUM
157 подписчиков
17 541 просмотр · 8 лет назад
Sekretariat Sukarelawan Universiti Malaya (SEKRUM) telah ditubuhkan pada November 2012 di bawah naungan Unit Luar Kampus dan Kesukarelawan, HEPA, sebagai sebuah platform kepada warga Universiti Malaya (UM) khususnya kepada para pelajar untuk mengendali dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berbentuk kesukarelawanan di peringkat universiti, kebangsaan mahupun peringkat antarabangsa. SEKRUM menyasarkan untuk menaikkan nama UM dari segi penganjuran aktiviti berbentuk kesukarelawan dan kemasyarakatan di samping membentuk jati diri pelajar yang holistik dan sentiasa bersedia menghadapi dunia yang penuh cabaran dan rintangan ini dengan memberi peluang kepada pelajar untuk menyumbang bakti kepada masyarakat menerusi enam kluster utama; 1) IT & Keusahawanan 2) Pendidikan & Motivasi 3) Kesihatan & Perubatan 4) Krisis & Bencana 5) Agribio & Alam Sekitar 6) Pembangunan Komuniti & Kebajikan Sosial Sepanjang tahun penubuhan SEKRUM, pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh SEKRUM di mana aktiviti ini telah disertai oleh pelajar-pelajar dari pelbagai bidang dan latar belakang. Walaubagaimanapun, segala aktiviti ini tidak mungkin akan dapat dilaksanakan tanpa bantuan AJK yang terlibat. Untuk makluman lebih lanjut berkaitan aktiviti - aktiviti kesukarelawan khusus bagi mahasiswa/i Universiti Malaya, anda boleh ikuti kami di laman media sosial rasmi kami seperti yang berikut. Facebook :   / sekretariatsukarelawanuniversitim…   Group Facebook :   / 194358244034593   Twitter:   / sukarelawanum   Instagram:   / sukarelawanum   YouTube:    / @sukarelawanum   "Sukarelawan Pemangkin Kesejahteraan Sejagat" #VideoKorporatSEKRUM #SekretariatSukarelawanUniversitiMalaya #SEKRUM