Перейти к содержимому

Kemajuan terkini Lebuhraya Pan Borneo Sabah Pakej Kerja 3

Lebuhraya Pan Borneo Sabah

0:00 / 0:00

Kemajuan terkini Lebuhraya Pan Borneo Sabah Pakej Kerja 3

3 342 просмотра · 7 дней назад
Lebuhraya Pan Borneo Sabah
2,37 тыс. подписчиков
3 342 просмотра · 7 дней назад
Salam Sabah Maju Jaya Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi Pakej Kerja 3 melibatkan kerja-kerja menaik taraf jalan dari Beaufort ke Bongawan kepada lebuh raya empat lorong dua hala (dual carriageway) sepanjang 22.4 kilometer. Pakej kerja ini turut merangkumi pembinaan empat (4) buah jambatan, iaitu: • Jambatan Sungai Mawao • Jambatan Sungai Klias Baru • Jambatan Sungai Membakut • Jambatan Sungai Damit Selain itu, projek ini melibatkan pembinaan: • Tiga (3) buah jejantas pejalan kaki • Dua (2) buah persimpangan bertingkat, iaitu: Persimpangan Bertingkat Bongawan Persimpangan BEBO Arch Keretapi Kemudahan-kemudahan ini dibangunkan bagi meningkatkan keselamatan, keselesaan serta kelancaran trafik kepada pengguna jalan raya. 🏗️ Persimpangan BEBO Arch Keretapi Persimpangan BEBO Arch Keretapi merupakan struktur seumpamanya yang pertama dibina di Sabah dan merentasi landasan kereta api. Struktur ini menggunakan konkrit pra-tuang berbentuk arch, dengan span sepanjang 25 meter dan panjang keseluruhan 157 meter. Apabila siap sepenuhnya, persimpangan ini dijangka dapat melancarkan aliran trafik dengan lebih efisien kerana kenderaan tidak lagi perlu berhenti ketika tren Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) melintas. Sehubungan itu, orang awam dan pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati, mematuhi peraturan lalu lintas serta mengikuti arahan keselamatan ketika melalui kawasan pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah. #KKR #MalaysiaMadani #SabahMajuJaya #LebuhRayaPanBorneoSabah