Перейти к содержимому

PERCUTIAN KE KELANTAN & TERENGGANU PART 1 | Dari Cheras Melalui Hulu Langat – Kuala Klawang

Hamdan Sejati

0:00 / 0:00

PERCUTIAN KE KELANTAN & TERENGGANU PART 1 | Dari Cheras Melalui Hulu Langat – Kuala Klawang

299 просмотров · 8 дней назад
Hamdan Sejati
1,03 тыс. подписчиков
299 просмотров · 8 дней назад
PART 1 — Memulakan perjalanan dari Cheras menuju Kelantan & Terengganu. Percutian kali ini bermula dari Cheras pada jam 12.30 tengah hari, sempena cuti persekolahan yang kebetulan turut disambut bersama cuti Hari Kemerdekaan. Untuk mengelakkan kesesakan di Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak menuju Bentong, kami memilih laluan alternatif melalui Hulu Langat – Kuala Klawang sebelum meneruskan perjalanan ke arah Pantai Timur. Perjalanan melalui Jalan Lama Kuala Klawang ternyata agak mencabar dan memenatkan. Keadaan jalan yang berliku, mendaki serta melalui kawasan hutan menjadikan perjalanan lebih perlahan, tetapi pemandangan sepanjang jalan cukup menarik. Selepas kira-kira 2 jam perjalanan, kami akhirnya sampai di Pekan Simpang Durian. Ini baru permulaan perjalanan kami. Destinasi kali ini ialah Kelantan selama 3 malam, kemudian meneruskan perjalanan ke Terengganu selama 1 malam. Jom ikuti perjalanan kami dari awal hingga sampai ke destinasi. PART 2 akan menyusul! #PercutianKeKelantan #PercutianKeTerengganu #Part1 #Cheras #HuluLangat #KualaKlawang #SimpangDurian #RoadTripMalaysia #JalanJalanMalaysia #CutiSekolah #TravelMalaysia #PantaiTimur