Jelajah Integriti KPM 2026 Siri 8 | JPN Johor | Integriti Tanpa Sempadan
Unit Integriti KPM
0:00 / 0:00
Jelajah Integriti KPM 2026 Siri 8 | JPN Johor | Integriti Tanpa Sempadan
1 380 просмотров · Трансляция закончилась 2 мес. назад
Unit Integriti KPM
22,3 тыс. подписчиков
1 380 просмотров · Трансляция закончилась 2 мес. назад
JELAJAH INTEGRITI KPM TAHUN 2026
Tema: "Integriti Tanpa Sempadan"
📡 Siaran secara dalam talian bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh Malaysia.
Selepas kejayaan Jelajah Integriti KPM Tahun 2025 yang dilaksanakan secara fizikal merentasi seluruh negeri di Semenanjung Malaysia, program ini diteruskan pada tahun 2026 dengan pendekatan yang lebih meluas melalui platform dalam talian. Kali ini, fokus diberikan kepada warga Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh Malaysia sebagai usaha memperkukuh budaya integriti hingga ke peringkat pelaksana.
Program ini merupakan inisiatif Unit Integriti Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi memperkukuh budaya integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik dalam kalangan warga pendidikan.
Melalui sesi perkongsian ini, para peserta akan didedahkan kepada kepentingan menghayati nilai integriti dalam melaksanakan amanah sebagai penjawat awam, di samping memperkasakan penyampaian perkhidmatan yang beretika, telus dan berintegriti.
🎙️ Penceramah
Encik Hasmeer bin Hasanuddin
Ketua Penolong Pengarah, Unit Integriti
Kementerian Pendidikan
📌 Antara pengisian program:
• Pemerkasaan budaya integriti dalam organisasi
• Peranan warga KPM dalam menjaga amanah dan kepercayaan awam
• Perkongsian isu serta cabaran integriti semasa
• Sesi soal jawab
Semoga Jelajah Integriti KPM Tahun 2026 terus menjadi platform yang menyemarakkan budaya integriti, memperkukuh akauntabiliti serta membina warga KPM yang beretika, profesional dan berintegriti.