RAJD berkepakaran khusus, dilengkapi aset khas hadapi ancaman CBRNe
Air Times News Network
0:00 / 0:00
RAJD berkepakaran khusus, dilengkapi aset khas hadapi ancaman CBRNe
4 852 просмотра · 2 года назад
Air Times News Network
143 тыс. подписчиков
4 852 просмотра · 2 года назад
Serangan kimia, biologi, radiologi, nuklear dan letupan (Chemical, Biological, Radiological, Nuclear, and Explosive, CBRNe) bukanlah satu bentuk ancaman baharu di dunia termasuk Malaysia.
Sebagai contoh, gas sarin dan wabak antraks yang dikaitkan dengan serangan di New York dan Washington, Amerika Syarikat pada September 2001 menjadi senjata biologi yang efektif, selain menimbulkan suasana panik.
Dalam kejadian itu, seramai 5 orang maut dan 17 orang cedera apabila spora bakteria antraks disebarkan dalam bentuk serbuk dan diposkan kepada mereka yang berkenaan.
Serangan menggunakan senjata biologi boleh berlaku di mana-mana negara, khususnya oleh kumpulan pengganas, lantas memerlukan kebolehan untuk berhadapan dengan ancaman sedemikian.
Bagi sesebuah pasukan khas tentera atau polis, anggotanya mesti dilatih untuk menumpaskan musuh dalam kemahiran berkaitan CBRNe kerana corak operasi dan taktikal adalah berbeza, selain perlu mengetahui tahap-tahap serangan kimia serta biologi dan memiliki pengetahuan dalam bidang sains.
Ancaman ini tidak hanya mengancam nyawa anggota tentera, tetapi juga keselamatan negara secara keseluruhan.
Sehubungan itu, untuk menghadapi ancaman yang kompleks ini, Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) telah mengambil langkah-langkah proaktif dengan menekankan kepentingan kesiapsiagaan dan kecekapan dalam menangani ancaman tersebut.
Artikel penuh: https://www.airtimes.my/2024/06/14/ra...
Ikuti kami di Saluran WhatsApp rasmi kami untuk dapatkan berita terkini. https://whatsapp.com/channel/0029Vafk...
#airtimes #pertahanan #tdm #malaysia #rajd #cbrne #kimia #biologi #radioaktif #askarjurutera #ikem #jurutera #tentera #army