DIPINGGIR KAYANGAN (LANGGAM) by WAHIDA RAHMAN ~ Sounds Of Johor: EP 46 ~ Konsert Simfoni Ghazal 2012
Rojer Kajol
0:00 / 0:00
DIPINGGIR KAYANGAN (LANGGAM) by WAHIDA RAHMAN ~ Sounds Of Johor: EP 46 ~ Konsert Simfoni Ghazal 2012
26 232 просмотра · 5 л. назад
Rojer Kajol
130 тыс. подписчиков
26 232 просмотра · 5 л. назад
Seorang penyanyi berbakat besar dan bersuara unik dari Johor Bahru - WAHIDA (Allahyarhamah) ABDUL RAHMAN. Persembahan sempena Konsert Simfoni Ghazal 2012 bertempat di Stadium Tertutup Pasir Gudang Johor Bahru bersama Orkestra Ghazal Johor anjuran Yayasan Warisan Johor.
(SENIKATA)
Jikalau kau tidur
Tidur lah manja
Ahai ... tidur lah selesa
Tidur lah nan nyenyak
Ahai ... di pinggir kayangan
Sila lah kau kenang
Kenangi lah hamba
Ahai ... kenangkan adinda
Kenangi lah sayang
Ahai ... bayang membayang
c/o
Kan ku hidangi segala santapan
Bersulam-sulaman
Yang enak dan nyaman
Sang buluh perindu menghibur merdu
Amboi tersusun silang mengalun
Lunaknya berseri, lunaknya berseri
Bak pantun memantun
c/o
Kan ku taburi rampai-rampaian
Kembangan Cina yang harum semerbak
Engkaulah kekasih di alam impian
Tangan beralun jari menyusun
Sembah yang berseri
Sembah berseri bersopanlah santun
Sekiranya bangun
Bangunlah berdoa
Ahai ... bangun yang berkisah
Berkisah semalam
Ahai ... di pinggir kayangan