Перейти к содержимому

Aliff Aziz dan Melinda Dadew buka persembahan Mansur & Liu di pelancaran Program Istana Budaya 2026

backstagetv

0:00 / 0:00

Aliff Aziz dan Melinda Dadew buka persembahan Mansur & Liu di pelancaran Program Istana Budaya 2026

5 651 просмотр · Трансляция закончилась 1 месяц назад
backstagetv
11,9 тыс. подписчиков
5 651 просмотр · Трансляция закончилась 1 месяц назад
TIKET TEATER MUZIKAL MANSUR & LIU MULA DIJUAL JAM 3 PETANG INI Pembelian tiket bagi teater muzikal sulung arahan Datuk M Nasir bertajuk Mansur dan Liu kini boleh didapati secara dalam talian di portal Ticket2u bermula jam 3 petang ini dengan julat harga antara RM88 hingga RM408. Pementasan berskala besar ini dijadualkan berlangsung dari 10 hingga 20 September 2026 pada jam 3 petang dan 8 malam bertempat di Panggung Sari Istana Budaya. Teater ini menampilkan Aliff Aziz sebagai Mansur dan Melinda Dadew sebagai Liu disamping barisan pelakon hebat lain seperti Brian Chan Sherry Alhadad Amerul Affendi dan Hazama. Diinspirasikan daripada naskhah epik Sulalatus Salatin karya Tun Sri Lanang teater ini mengisahkan hubungan Sultan Mansur Shah dan Puteri Liu dari China sebagai simbol diplomasi budaya percintaan dan ikatan geopolitik pada abad ke 15. Pementasan ini turut mempersembahkan lebih 30 lagu dan skor muzik baharu gubahan Datuk M Nasir yang mengupas tema identiti kekuasaan serta perikatan menerusi penceritaan visual yang memukau.