'Saya tak hina Melayu' - Parlimen kecoh isu 'Melayu rasuah'
KiniTV
0:00 / 0:00
'Saya tak hina Melayu' - Parlimen kecoh isu 'Melayu rasuah'
128 950 просмотров · 6 л. назад
KiniTV
2,46 млн подписчиков
128 950 просмотров · 6 л. назад
Dewan Rakyat berlaku sedikit ketegangan apabila Noh Omar (PH-Tanjung Karang) bangkit mempersoalkan kenyataan Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) ketika berucap mengenai amalan rasuah.
Mohamad Sabu sebelumnya bersetuju dengan kenyataan Mujahid Yusof Rawa (PH-Parit Buntar) yang menyatakan orang Melayu perlu bersatu atas akhlak dan keperibadian mulia termasuk melawan rasuah.
Noh kemudiannya menyatakan rasa tidak puas hati dengan kenyataan tersebut dan mendakwa kenyataan itu terlalu umum kerana mengaitkan bangsa Melayu dengan kegiatan rasuah.
Terdahulu, Presiden Amanah itu menyamakan ketuanan Melayu dengan ketuanan putih (white supremacist) dan memberi amaran bahawa sentimen seperti itu boleh menyebabkan rusuhan di masa depan.