Projek Penggantian Jambatan Sungai Durian & Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan (Dis 2025)
Fawwaz Media
0:00 / 0:00
Projek Penggantian Jambatan Sungai Durian & Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan (Dis 2025)
4 126 просмотров · 8 месяцев назад
Fawwaz Media
34,3 тыс. подписчиков
4 126 просмотров · 8 месяцев назад
Jambatan Sungai Durian, Kuala Krai merupakan sebahagian laluan penting Jalan Persekutuan FT008 yang menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Lumpur melalui Kelantan. Jambatan ini sempit dan sudah uzur serta sering terputus akses semasa musim banjir, terutama ketika hujan lebat pada musim tengkujuh yang menjejaskan aliran trafik dan perhubungan penduduk serta pengangkutan barangan.
Struktur jambatan yang rendah menyebabkan ia tidak dapat menahan paras air tinggi terutamana pada musim tengkujuh, menyebabkan jalan raya terputus dan kesesakan teruk di sekitar bandar Kuala Krai.
Projek Penggantian Jambatan FT008/342/80, Sungai Durian, Kuala Krai mula dilaksanakan pada Jun 2021. Tujuan utama projek ini ialah untuk mengatasi masalah keterbatasan kapasiti jambatan lama, mengurangkan kesesakan trafik, dan mengelakkan jalan terputus semasa banjir. 
Projek ini merupakan tanggungjawab Jabatan Kerja Raya (JKR) di bawah pengawasan Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR).