Перейти к содержимому

Membongkar Pokok Durian Bantut

Penanam Durian Part Time

0:00 / 0:00

Membongkar Pokok Durian Bantut

4 441 просмотр · 3 года назад
Penanam Durian Part Time
4,95 тыс. подписчиков
4 441 просмотр · 3 года назад
Membongkar Pokok Durian Bantut Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang membongkar pokok durian bantut. Kita akan lihat apa masalah pokok durian yang telah berumur dua tahun, tetapi tidak membesar. Simptom yang ditunjukkan pada daun dan pucuk jelas menggambarkan masalah pada bahagian perakaran. Jadi, hari ini kita akan lihat apa penyebabnya dan bagaimana keadaan akar pokok durian yang mengalami masalah seperti ini. Simptom pucuk kecil, kemudian kering. Dahan pula yang keluar hanya tunas air dan seterusnya akan mati. Daun pula menunjukkan kekurangan nutrien yang serius. Untuk mendapatkan kesahihan daripada jangkaan, hari ini kita cuba gali dan tengok sendiri keadaan akar pokok ini. Ia terpaksa dikorbankan kerana tidak berbaloi untuk dirawat, menelan kos yang tinggi, merugikan masa dan wang. Ikuti perkongsian ini, semoga bermanfaat. Kepada sahabat-sahabat yang belum subscribe channel ini, bolehlah like, share, komen dan subscribe tanda sokongan kepada channel ini supaya berkembang dan dapat membantu penanam-penanam durian yang lain.  Link channel Penanam Durian Part Time:    / @penanamdurianparttime802   Untuk video yang lain, boleh rujuk playlist ini:    • Плейлист   Link Facebook Group Penanam Durian Part Time: https://www.facebook.com/groups/46015...