Перейти к содержимому

PERARAKAN KONTINJEN KEMENTERIAN KEWANGAN NEGERI SABAH SEMPENA MAJLIS MAULIDUR RASUL SAW 1448H/2026M

MOF SABAH

0:00 / 0:00

PERARAKAN KONTINJEN KEMENTERIAN KEWANGAN NEGERI SABAH SEMPENA MAJLIS MAULIDUR RASUL SAW 1448H/2026M

105 просмотров · 3 дня назад
MOF SABAH
363 подписчика
105 просмотров · 3 дня назад
PERARAKAN KONTINJEN KEMENTERIAN KEWANGAN NEGERI SABAH SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT NEGERI SABAH 1448H/2026M Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran dan rasa cinta kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, Kementerian Kewangan Negeri Sabah telah menyertai Perarakan Kontinjen Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah 1448H/2026M. Perarakan yang berlangsung pada 25 Ogos 2026 bersamaan 12 Rabiulawal 1448H bermula dari Padang Merdeka, Kota Kinabalu dan berakhir di Sabah International Convention Centre (SICC). Kontinjen Kementerian Kewangan Negeri Sabah yang disertai oleh kakitangan kementerian turut bersama-sama memeriahkan perarakan sebagai tanda kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menghayati nilai-nilai murni yang dibawa oleh Baginda. Sambutan Maulidur Rasul SAW pada tahun ini mengangkat tema “Madani Dihayati, Ummah Diberkati”, yang mencerminkan usaha untuk terus memperkukuh penghayatan terhadap ajaran dan sunnah Rasulullah SAW, di samping memupuk nilai akhlak, perpaduan, ukhuwah dan keharmonian dalam kalangan masyarakat. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ Semoga sambutan Maulidur Rasul SAW ini menjadi wadah untuk memperkukuh kecintaan kepada Rasulullah SAW, meningkatkan penghayatan terhadap sunnah Baginda serta menyemarakkan semangat persaudaraan dan perpaduan dalam kalangan umat Islam. Salam Maulidur Rasul 1448H/2026M. “Madani Dihayati, Ummah Diberkati” "SABAH MAJU JAYA"