Перейти к содержимому

VLOG : Dive Tenggol Opening Dive 2025

Dzulhaizat Channel

0:00 / 0:00

VLOG : Dive Tenggol Opening Dive 2025

835 просмотров · 1 г. назад
Dzulhaizat Channel
572 подписчика
835 просмотров · 1 г. назад
Pulau Tenggol Dive Trip Tiga dive je, in summary dive kali ni kita dapat visibility padu, arus ganas, dan penyu lalu depan muka. Cuma satu je tak lekat lagi whale shark. hahaha Trip ni day trip je. Awal pagi dah sampai jetty. Langit mendung, angin laut pun senyap. Tapi hati tetap excited. Ini kali ke-7 saya turun tenggol ni. Dive 1 – Turtle Point Max depth: 20.5m | Avg: 10.6m Time In: 09:37 | Out: 10:30 Dive Duration: 51m 48s First dive (check dive). Air jernih gila macam pool. Tak sampai 10 minit turun, penyu pertama lalu rilek je depan saya. Lepas tu muncul lagi beberapa ekor. Kita yang excited, diorang steady je macam biasa. Tak banyak subject lain, tapi cukup untuk modal healing. Satu dive yang tenang, tak rush, tak berat just nice. Dive 2 – Rajawali Max depth: 18.3m | Avg: 14.0m Time In: 11:40 | Out: 12:33 Dive Duration: 51m 59s Lepas surface interval, terus turun ke Rajawali. Air tengah pasang, ikan memang banyak. Coral semua sihat dan macam-macam warna. Drift dive pulak tu, jadi tak payah fin pun, biar current yang tolak kita. Tapi itulah, lighting tak bawak, cuaca mendung sikit jadi kamera tak dapat tangkap semua subject yang sebenar. Tapi vibe dia tetap power. Seronok la walau pun tempat pekak je. Dive 3 – Tokong Laut Max depth: 24.7m | Avg: 13.6m Time In: 13:47 | Out: 14:42 Dive Duration: 54m 20s Dive paling dinanti. Tokong Laut site paling famous kat Tenggol. Ramai kata sini port best kalau nak jumpa whale shark. Tapi current hari ni memang kuat. Kena berpaut kat batu sepanjang dive. Nasib baik vis cun dan subject lain kat bawah tu lawa. Setiap batu, coral besar-besar, gua runcit macam satu alam lain. Kita round jauh, mata tak lepas dari “scan” langit air. Tapi masih belum rezeki. 7 kali turun Tenggol, still tak dapat jumpa lagi. Takpe. Ada benda kita boleh plan, ada yang laut simpan untuk waktu lain. Most footage dalam video dari GoPro, no light — so warna tak naik sangat. Tapi moment tu, tetap priceless. Korang dah subscribe ke? Kalau belum sila subscribe dulu guys : Youtube : @dzulhaizat Follow saya : 1. 👪Facebook : https://fb.gg/dzulhaizat.live 2. 📸Instagram : www.instagram/dzulhaizat 3. 💰Shopee : https://shp.ee/wyv4bbf