Перейти к содержимому

Program Merdeka@Bomba Tahun 2026

Perpustakaan JBPM

0:00 / 0:00

Program Merdeka@Bomba Tahun 2026

170 просмотров · 3 дн. назад
Perpustakaan JBPM
28 подписчиков
170 просмотров · 3 дн. назад
PROGRAM MERDEKA@BOMBA TAHUN 2026 “Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati” Sempena sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2026, Unit Pengurusan Pusat Sumber, Cawangan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menganjurkan satu Program Merdeka@Bomba Tahun 2026 bagi menyemarakkan semangat patriotisme, memupuk perpaduan serta membudayakan amalan membaca dalam kalangan warga JBPM. Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan bagi memeriahkan sambutan kemerdekaan, di samping dapat menggalakkan warga jabatan untuk menambah ilmu pengetahuan, mengasah minda dan menghayati sejarah perjuangan negara. 📅 AKTIVITI PROGRAM 📅24 hingga 28 Ogos 2026 🧠 Kuiz Merdeka@Bomba 2026 secara dalam talian 🎁 Teka Kemerdekaan – Kotak Misteri 📅 26 Ogos 2026 🎬 Tayangan Video Dokumentari 🧠 Kuiz Atas Talian 📝 Permainan Teka Silang Kata 🎤 Nyanyian Lagu Patriotik 🎁 Cabutan Bertuah 🎥 Tayangan Filem Sarjan Hassan 🏆 UCAPAN TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG KUIZ KEMERDEKAAN 2026! Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang Kuiz Kemerdekaan 2026 sempena Program Merdeka@Bomba Tahun 2026 atas kejayaan dan pencapaian yang membanggakan! Syabas di atas kesungguhan, pengetahuan dan semangat yang ditunjukkan para peserta sepanjang menyertai kuiz ini. Semoga kejayaan yang diraih menjadi pembakar semangat untuk terus menimba ilmu, meningkatkan pengetahuan serta menyemarakkan semangat patriotisme dalam kehidupan seharian. Penghargaan dan terima kasih turut diberikan kepada semua peserta dan semua urusetia yang telah mengambil bahagian. Sokongan dan penyertaan anda amat bermakna dalam menjayakan program ini serta memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan dalam kalangan warga JBPM. 🥇 Tahniah kepada yang berjaya, syabas kepada semua yang mencuba! Semoga semangat cintakan ilmu dan tanah air terus subur dalam diri setiap warga JBPM. ❤️💙💛🤍SATU HATI, SATU JIWA, KITA KEKALKAN KEMERDEKAAN MALAYSIA Marilah kita bersama-sama menghargai jasa dan pengorbanan para pejuang kemerdekaan, mempertahankan keharmonian negara serta terus menyumbang kepada kesejahteraan Malaysia. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026! 📚 PENGANJUR: Unit Pengurusan Pusat Sumber Cawangan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) #MerdekaBomba2026 #ProgramMerdekaBomba #KuizKemerdekaan2026 #MalaysiaMadani #HariKebangsaan2026 #PerpustakaanJBPM #JomMembaca #Patriotisme #JBPM #MalaysiaMerdeka