MRSM ARAU : Amalan Terbaik MRSM sempena Global Leadership Summit 2021
SRC MRSM ARAU
0:00 / 0:00
MRSM ARAU : Amalan Terbaik MRSM sempena Global Leadership Summit 2021
1 171 просмотр · 5 л. назад
SRC MRSM ARAU
524 подписчика
1 171 просмотр · 5 л. назад
Penularan Covid - 19 menyebabkan banyak aktiviti yang menjadi kelaziman terpaksa ditangguhkan. Misalnya menerima lawatan pelajar dari sekolah luar, aktiviti kemasyarakatan dan aktiviti memupuk kemahiran insaniah pelajar.
Namun sebagai duta kecil MARA dan MRSM menjadi tanggungjawab sosial kepada kami untuk melaksanakan aktiviti berdasarkan norma baharu. Justeru badan kepimpinan MRSM Arau telah melaksanakan Lawatan kepada pelajar sekolah rendah sekitar negeri Perlis secara maya menggunakan Lightboard.
Kelebihan amalan ini ialah pelajar dapat merasai seperti sedang melawat MRSM secara realiti kerana pelajar dapat merasai kehadiran pembentang disamping gambar, video dan sesi penyoalan dapat dilaksanakan secara terus dan pelajar dapat melihat gerak geri seperti sedang menontoh di sebuah skrin besar.
Kami percaya amalan yang dipraktikkan di MRSM Arau merupakan sesuatu yang terbeza kerana We Lead, We Inspire.