Перейти к содержимому

RAJA PERMAISURI AGONG SEMPURNAKAN MAJLIS PERTANDINGAN AKHIR PIDATO PIALA DIRAJA TINGKATAN ENAM

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

0:00 / 0:00

RAJA PERMAISURI AGONG SEMPURNAKAN MAJLIS PERTANDINGAN AKHIR PIDATO PIALA DIRAJA TINGKATAN ENAM

2 781 просмотр · 1 день назад
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
118 тыс. подписчиков
2 781 просмотр · 1 день назад
RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT SEMPURNAKAN MAJLIS PERTANDINGAN AKHIR PIDATO PIALA DIRAJA TINGKATAN ENAM KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pertandingan Akhir Pidato Piala Diraja Tingkatan Enam di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, hari ini (1 Oktober). Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan; Dato’ Dr. Anwar Ridhwan, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP; Datuk Dr. Mohd Azam Ahmad, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan Datuk Dr. Hazami Jahari, Ketua Pengarah DBP. Pertandingan Akhir Pidato Piala Diraja Tingkatan Enam pada tahun ini menyaksikan seramai 16 pemidato dari sekolah di seluruh Malaysia mengambil bahagian. Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan hadiah kepada pemenang pertandingan pidato iaitu saudara Mohamad Syahrie dari Kolej Tingkatan Enam Datuk Pangiran Galpam, Sandakan, Sabah. Tempat kedua dimenangi saudara Muhammad Noorsolohin Mohd Taufiq dari Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, Perlis dan tempat ketiga dimenangi saudari Lenithraa A/P Kanagalingam dari Kolej Tingkatan Enam Sri Istana, Selangor. Pertandingan Pidato Piala Diraja Tingkatan Enam 2026 merupakan sebuah program berprestij yang dianjurkan sebagai wadah untuk memupuk penguasaan bahasa Melayu tinggi, pemikiran kritis serta keupayaan berpidato secara matang dan beretika. Pertandingan ini juga dapat memberikan ruang dan peluang kepada pelajar tingkatan enam untuk menyampaikan idea, pandangan dan hujah secara jelas, bernas dan tersusun. #RPAgong #AllahPeliharakanSultan #IstanaNegara