INILAH DIRIKU-SKM@SepantasKilatMusicStudio
SEPANTAS KILAT MUSIC STUDIO
0:00 / 0:00
INILAH DIRIKU-SKM@SepantasKilatMusicStudio
70 просмотров · 2 нед. назад
SEPANTAS KILAT MUSIC STUDIO
63 подписчика
70 просмотров · 2 нед. назад
AKU NI JENIS ORANG
Lirik Lagu: Raja Alam
INTRO
Aku bukan malaikat sempurna,
Bukan juga manusia tanpa dosa,
Ada masa aku baik, ada masa aku terluka,
Inilah diriku, terimalah seadanya.
Aku ni jenis orang yang bermacam gaya,
Ada baiknya, ada buruknya, itulah manusia,
Kadang ku sopan, kadang ku bersuara,
Bukan sengaja, cuma begitulah adanya.
Baik boleh, jahat pun boleh,
Sopan boleh, kasar pun boleh,
Ramah mesra aku hulurkan,
Kalau tak kenal, aku diamkan.
Jangan kau nilai dari luaran,
Tak semua senyum tanda kesenangan,
Di sebalik diam tersimpan cerita,
Di sebalik tawa ada rahsia.
Aku bukan insan yang sempurna,
Tak mampu puaskan hati semua,
Hari ini disanjung, esok dilupakan,
Begitulah dunia penuh permainan.
Kalau kau suka, kita berkawan,
Kalau kau benci, aku lepaskan,
Tak perlu berpura-pura menjadi teman,
Kerana keikhlasan tak boleh dipaksakan.
Semua bergantung macam mana aku dilayan,
Baik kau padaku, baiklah balasan,
Jangan kau cari musuh dalam persahabatan,
Hormati diriku, ku hormati kau sekalian.
KORUS
Aku ni jenis orang, macam-macam boleh,
Baik boleh, kasar pun boleh,
Ramah boleh, diam pun boleh,
Buat-buat tak kenal pun aku tak kisah boleh!
Semua bergantung bagaimana kau melayan,
Aku manusia, punya perasaan,
Jangan kau hukum tanpa mengenali,
Inilah diriku, aku dilayan, begitulah aku membalas kembali!
HAKCIPTA: RAJA ALAM
CIPTAAN LIRIK: RAJA ALAM
HAKCIPTA TERPELIHARA: SEPANTAS KILAT MUSIC STUDIO
SINOPSIS: Lagu ini mengisahkan keperibadian seseorang yang melayan orang lain berdasarkan cara dirinya dilayan. Baik dibalas baik, hormat dibalas hormat. Jangan menilai seseorang sebelum mengenalinya kerana setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.