Перейти к содержимому

Cendol Ini Ada 18 Bahan Rahsia — Boleh Teka? | Street Food Perak

DESTINASI TV

0:00 / 0:00

Cendol Ini Ada 18 Bahan Rahsia — Boleh Teka? | Street Food Perak

108 050 просмотров · 2 месяца назад
DESTINASI TV
745 тыс. подписчиков
108 050 просмотров · 2 месяца назад
📍Lokasi » Deen CT Corner Cendol 21, Jalan Mustapha Al-Bakri, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak ⏰ Waktu Operasi » Setiap hari kecuali Jumaat, dari pukul 11 pagi hingga habis ☎️ Nombor Telefon » 016-535 0351 Sejak tahun 1998, Deen CT Corner Cendol menjadi antara lokasi wajib singgah bagi peminat cendol. Perniagaan yang bermula daripada pak long beliau, diteruskan oleh ayahnya dan kini diambil alih oleh generasi seterusnya masih mengekalkan rasa yang membuatkan pelanggan setia kembali berulang kali. Keistimewaan utama Deen CT Corner Cendol terletak pada penggunaan santan segar setiap hari serta gula cendol yang dihasilkan daripada gabungan 18 ramuan terdiri daripada 9 jenis gula, 7 jenis rempah, air dan garam. Ada pelanggan yang datang sejak zaman kanak-kanak, kemudian kembali selepas berkahwin dan mempunyai anak, semata-mata untuk menikmati rasa cendol yang sama seperti dahulu. Dalam episod kali ini, Destinasi TV menyingkap kisah di sebalik Deen CT Corner Cendol yang telah bertahan hampir tiga dekad dan menjadi antara ikon cendol di Ipoh. 00:00 Intro 00:56 Sejarah Deen CT Corner 02:18 Menu Cendol Pilihan 02:58 Rahsia Bahan & Penyediaan 04:10 Santan Segar & 18 Ramuan Rahsia 06:12 Cendol Ikat Gantung Yang Ikonik 07:44 Keunikan Mangkuk Besi 08:40 Pelanggan Dari Seluruh Malaysia & Luar Negara 09:18 Kisah Pelanggan Setia Bertahun-Tahun 09:55 Pekerja Setia Sejak 1995 10:27 Salah Faham Di Media Sosial 12:05 Perancangan Masa Depan 12:45 Cabaran Kenaikan Kos 13:36 Jemput Datang Cuba 13:55 Waktu Operasi & Penutup #DestinasiTV #DeenCTCorner #Cendol #CendolLegend #KualaPerlis #Perlis #FoodHunter #JalanJalanCariMakan #MalaysiaFood #MakanSedap #CendolViral #foodreviewmalaysia Destinasi TV adalah saluran digital yang mempersembahkan dokumentari mini mengenai kepelbagaian budaya, sejarah, dan tarikan tempatan di Malaysia. Kami membawa penonton menjelajahi keunikan makanan tradisional, kraf tangan yang memukau, dan pelbagai aspek budaya yang memperkaya warisan Malaysia. Setiap kisah kami sampaikan dilengkapi dengan penceritaan yang mendalam dan visual yang menarik, menjadikan setiap episod bukan sekadar tontonan, tetapi pengalaman yang mendidik dan menginspirasi.