Step by step cara nak masak kuah laksa utara, senang saja (Yang penting kuah mesti pekat, baru jadi)
Bella Housewife
0:00 / 0:00
Step by step cara nak masak kuah laksa utara, senang saja (Yang penting kuah mesti pekat, baru jadi)
7 286 просмотров · 6 л. назад
Bella Housewife
12,3 тыс. подписчиков
7 286 просмотров · 6 л. назад
Resepi Laksa
Bahan-bahan:-
1 bungkus Laksa
1 liter air
1 mangkuk kecil cili kering (boleh kurangkan)
2 biji bawang besar
Belacan
1 cawan air
500gm Ikan kembung/selayang
1 sudu besar garam
2 keping asam gelugur
2 cawan air
1 ikat daun kesum
1 kuntum bunga kantan
1 keping asam gelugur
Garam
Serbuk perasa (optional)
3 cawan air (untuk kisar tulang ikan nanti)
Bahan lain:
Telur rebus
Limau nipis
Ulam raja
Timun
Bawang merah
Cili padi (boleh tambah jika suka lebih pedas, tapi kuah mungkin sudah cukup pedas)
Cara-caranya:-
1. Rendam laksa hingga kembang/lembu terlebih dahulu.
2. Belah cili kering untuk buang biji kemudian rebus bersama 2 cawan
air hingga cili masak lembut.
3. Kisar cili kering rebus bersama 2 biji bawang besar dan belacan hingga hancur lumat. Ketepikan.
4. Rebus ikan kembung/selayang bersama garam, asam keping dan 2 cawan air hingha ikan masak empuk.
5. Setelah masak, tapis air rebusan ikan dalam mangkuk berlainan. Dan sejukkan sebentar ikan yang telah direbus.
6. Asingkan isi ikan dari tulang. (Tulang jangan dibuang).
7. Kisar isi ikan bersama air rebusan tadi hingga hancur. Ketepikan.
8. Untuk tulang pula, kita akan buat 3 peringkat. Pertama, kisar tulang ikan bersama 1 cawan air. Kemudian tapis kan.
(Ulang perkara yang sama hingga 3 kali)
Tujuan untuk bersihkan isi ikan dari tulang tersebut.
-Tulang akan kelihatan putih bersih jika dilakukan 3 peringkat ini.
Setelah selesai, ketepikan sebentar.
9. Sediakan periuk, masukkan cili kering yang telah dikisar tadi. Kacau hingga cili tersebut tidak berketul-ketul dan biarkan hingga mendidih.
10. Apabila sudah mendidih, masukkan air kisaran tulang dan isi ikan tadi. Kacau sebati dan tunggu hingga mendidih.
11. Setelah itu, masukkan pula daun kesum, bunga kantan, asam gelugur, garam dan perasa. Kacau rata dan tunggu sekali lagi hingga kuah mendidih. (Api sederhana sahaja, jangan terlalu besar takut kuah akan meruap)
12. Tutup api, kuah siap.
13. Rebus pula laksa yang telah direndam tadi hingga masak. Kemudian toskan.
14. Hidangkan laksa bersama bahan2 ulaman, telur rebus dan tuangkan kuah. Siap untuk dinikmati.
Selamat Mencuba! 🌷
Terima kasih kerana menonton.
Jangan lupa untuk SUBSCRIBE 🍀