Bingka Jagung kuih ibu duit yang sangat sedap ‼️
Azlita Masam Manis
0:00 / 0:00
Bingka Jagung kuih ibu duit yang sangat sedap ‼️
74 145 просмотров · 5 лет назад
Azlita Masam Manis
80,9 тыс. подписчиков
74 145 просмотров · 5 лет назад
Musim PKP ni ramai yang menghadapi masalah pendapatan. Ada yang di berhentikan kerja , ada yang income tak seberapa.. pasti ramai yang nak mencari pendapatan sampingan untuk membantu ekonomi keluarga
Hari ni kak ita kongsikan resepi kuih bingka jagung yang sedap sangat ‼️ bukan sahaja sedap , cara membuatnya mudah campak-campak dalam blender je dah siap‼️
Mudah sangat dengan bahan yang cukup simple ‼️
Bolehlah di gunakan sebagai jualan, nak buat kenduri kendara ke.. jamuan ataupun untuk makan bersama keluarga
Terima kasih kepada Chef Asma , chef hebat kuih melayu yang seringkali berkongsi resepi hebat untuk kita semua. Semoga chef selalu di berikan kesihatan yang baik dan di murahkan rezeki selalu.
Panduan **
• resepi ni untuk loyang 10" boleh guna loyang 12 " untuk dapatkan bingka yang rendah sedikit
• jika nak makan sekeluarga , sila buat 1/2 adunan sahaja
• boleh guna jagung segar atau jagung dalam tin
• santan KARA guna 2 kotak + air untuk jadikan 500 ml
• potong bingka menggunakan pisau plastik yang di sapu sedikit minyak
BINGKA JAGUNG
4 tongkol jagung - di leraikan dari tongkolnya - cuci bersih
500 gm tepung gandum
400 gm gula pasir
6 biji telur
3 sudu besar margerine
1 liter air
500 ml santan KARA
1/2 tin jagung tin creamy sweet corn
1 sudu teh garam
1 sudu besar kordial jagung double lion
Pewarna
• kuning telur
• kuning lemon
Jagung tongkol bahagi 2 bahagian
Satukan semua bahan dan 1/2 bahagian jagung
KECUALI **
1/2 tin jagung tin
1/2 bahagian jagung tongkol
Kemudian blender
Masukkan jagung tin
Kacau rata
Tuang dalam loyang 10 x 10 inc
Taburkan jagung tongkol 1/2 bagagian lagi
Bakar dalam loyang lapik baking paper
• loyang lapik baking paper
• bakar suhu 170c api atas dan bawah
• bakar selama 1 jam 1/2 hingga 2 jam
• 15 minit terakhir kurangkan api bawah dan bakar hingga bingka nampak sedikit hangus golden di bahagian atas
• sejukkan dan boleh di potong
Selamat mencuba ‼️