Перейти к содержимому

Bandar Tangkak - Pernah Digelar Bandar Syurga Tekstil Suatu Ketika Dahulu

Unc Friday Channel

0:00 / 0:00

Bandar Tangkak - Pernah Digelar Bandar Syurga Tekstil Suatu Ketika Dahulu

2 543 просмотра · 2 года назад
Unc Friday Channel
2,45 тыс. подписчиков
2 543 просмотра · 2 года назад
Sejarah Bandar Tangkak Pernah mendapat gelaran bandar syurga tekstil, namun di sebalik itu terdapat kisah bagaimana Tangkak mendapat namanya. Selain dari itu kisah Puteri Gunung Ledang yang begitu terkenal dalam kisah cerita rakyaat, Tangkak sebenarnya mula diterokai pada abad ke-19 oleh sekumpulan orang yang berasal dari Pagar Ruyung, Indonesia. Pada abad ke-18 di Cohong yang terletak di Melaka peneroka menyusuri hulu Sungai Kesang sebelum mudik menuju ke arah Gunung Ledang. Di tebing sungai tersebut, terdapat sebuah bukit dan kumpulan tersebut meredah hutan berpaya menuju ke bukit itu dalam keadaan merangkak-rangkak melalui akar dan rotan yang menjalar di sekelilingnya. Setelah kampung berjaya dibuka, mereka sering berulang-alik ke tempat asal di Cohong dan apabila diajukan pertanyaan ‘engkau duduk tang mana?’, maka dijawab mereka, ‘aku duduk tempat tang merangkak sana’. “Oleh kerana sering menyebut perkataan tempat merangkak atau ‘tang merangkak’ maka akhirnya diringkaskan menjadi sebutan Tangkak,” . Sekitar tahun 1901, Kerajaan Johor mewujudkan sistem pentadbiran moden apabila Pusat Pentadbiran di Cohong dipindahkan ke bandar Tangkak. Taraf daerah diberikan dan pentadbirannya bergelar Pegawai Daerah. Ketika itu Negeri Johor mempunyai Sistem Pesuruhjaya Kerajaan yang mengetuai pentadbiran daerah yang besar dan Pegawai Daerah ditugaskan mentadbir daerah yang kecil. Selepas tamat perang dunia kedua, sistem pentadbiran daerah telah diubah. Jawatan Pesuruhjaya Kerajaan telah dihapuskan dan Pegawai Daerah ditugaskan mentadbir Daerah Besar, manakala Penolong Pegawai Daerah mentadbir daerah kecil. Tangkak merupakan daerah kecil pada ketika itu. Bandar Tangkak terletak hanya 17km dari Gunung Ledang yang merupakan gunung tertinggi di Johor. Gunung ini dapat dilihat dengan jelas dari mana-mana sudut bandar Tangkak. Gunung Ledang juga terkenal dalam lagenda Puteri Gunung Ledang