Перейти к содержимому

Selasih Minda Ep1 : Negara Apakah Yang Kita Bina? #SelasihMindaPodcast

Selasih Minda

0:00 / 0:00

Selasih Minda Ep1 : Negara Apakah Yang Kita Bina? #SelasihMindaPodcast

3 612 просмотров · 3 месяца назад
Selasih Minda
537 подписчиков
3 612 просмотров · 3 месяца назад
Proses membina Negara Bangsa bernama Malaysia seharusnya membina kekitaan, membentuk identiti nasional dan memupuk nilai kebersamaan yang mendokong keadilan untuk semua. Namun setelah hampir 70 Tahun Merdeka, kita masih dihantui politik perkauman, saling mencurigai dan tidak saling memahami dan hormat menghormati waima dalam perkara kecil dan titik bengik. Adakah ini menandakan pembinaan Negara Bangsa Malaysia telah gagal dan dipesongkan dari landasan asal? Selasih Minda akan mengupas setiap persoalan ini. Jom bersama membina Negara Bangsa Malaysia bagi masa depan yang lebih baik. Sebuah demokrasi yang hidup memerlukan rakyat yang berpengetahuan bukan sekadar pengikut yang pasif. Seperti Pohon selasih yang memberi pelbagai manfaat, Podcast Selasih Minda diwujudkan untuk menjana perbincangan yang bermanfaat tentang bagaimana kita boleh membina masa depan Malaysia yang lebih baik. Melalui perbincangan yang berilmiah dan terbuka, rakyat dapat menilai pilihan yang ada serta menentukan apa yang mereka inginkan untuk negara ini. Temui barisan pembicara Selasih Minda di YouTube dan sertai perbincangan tentang isu, idea dan masa depan masyarakat. #SelasihMindaPodcast Social Media Selasih Minda Instagram: @selasihminda Tiktok : @selasihminda