Перейти к содержимому

Di Jalan Raya Dalam Bahang Panas: Realiti Harian Penghantar Makanan

KiniTV

0:00 / 0:00

Di Jalan Raya Dalam Bahang Panas: Realiti Harian Penghantar Makanan

9 855 просмотров · 2 месяца назад
KiniTV
2,45 млн подписчиков
9 855 просмотров · 2 месяца назад
Apabila cuaca panas, anda mungkin tidak mahu keluar rumah. Jadi, anda hanya mengambil telefon untuk memesan makan tengah hari dan minuman sejuk. Tetapi ketika anda menunggu di dalam rumah, ada orang lain yang meredah panas untuk menghantarnya kepada anda. Ketika Malaysia semakin panas, penghantar makanan menghabiskan masa yang panjang di jalan raya dalam keadaan yang semakin mencabar. Tinjauan KiniTV terhadap 51 penghantar makanan di Lembah Klang mendapati 90% merasakan cuaca kerja mereka menjadi lebih panas sejak beberapa tahun kebelakangan ini, manakala ramai yang melaporkan gejala seperti sakit kepala, pening atau keletihan. Laporan ini meneliti kos tersembunyi di sebalik kerja penghantaran: bagaimana peningkatan suhu menjejaskan kesihatan dan keselamatan penghantar makanan, mengapa “fleksibiliti” tidak semestinya memudahkan mereka untuk berehat, dan sama ada perlindungan sedia ada mencukupi. 📌 Timestamp 00:00 Pengenalan 02:30 Haba, kesihatan dan risiko yang tidak kelihatan 06:53 Mengapa rider tidak boleh berhenti begitu sahaja? 11:12 Siapa yang bertanggungjawab? 14:05 Apakah penyelesaian yang mungkin? 21:41 Apabila suhu meningkat, lebih banyak perlindungan diperlukan Peningkatan suhu bukan lagi sekadar isu alam sekitar, tetapi satu cabaran yang merentasi kesihatan, buruh dan dasar ekonomi. 📄 Ingin mengetahui lebih lanjut? Semak semua sumber yang dirujuk dalam video ini: https://mk.my/MbboYhq #CuacaPanas #RiderPenghantarMakanan #PenghantarMakanan #PHailing #PekerjaGig #DeliveryRiders #TekananHaba #KeselamatanPekerja #FoodDelivery #Malaysia