Перейти к содержимому

ALL IN ONE BANDS STUDIO - HANYAMU [RAW VERSION] | OFFICIAL LIRIK

ALL IN ONE BANDS STUDIO

0:00 / 0:00

ALL IN ONE BANDS STUDIO - HANYAMU [RAW VERSION] | OFFICIAL LIRIK

570 просмотров · 4 месяца назад
ALL IN ONE BANDS STUDIO
25 подписчиков
570 просмотров · 4 месяца назад
Assalamualaikum semuanya, apa khabar? Saya berharap awak semua bisa meluangkan sedikit masa pada kisah yang saya akan berceritakan di sini berkaitan kisah hidup dan perjalanan saya sehingga tiba di sini. Pertama, Saya secara sejujurnya telah merasai segala keperitan yang saya sendiri tidak duga bahwa ia hadir pada setiap hati saya sehingga ia membawa kepada tak mampu bertahan lagi. Ada pada satu detik, segalanya berasa terlalu rebah dan mengambil keputusan untuk tamatkan diri kerana luka dan kegelapan yang saya tempuhi telah melampaui batas saya sendiri untuk bertahan. Ketika diri saya berasa ingin ditamatkan serta merta namun, saya berfikir banyak kali kerana saya masih mempunyai pengikutku yang setia yang ingin makna dalam lagu saya sendiri dan cuba bertahan lagi demi awak semua. Sehingga satu detik, dada saya berasa begitu sakit dan nafas begitu sesak seolah tak mampu bernafas semula dan detik ini, saya ingin mengambil keputusan untuk mengakhiri hidupku serta-merta kerna ketika itu, mungkin itu adalah caraku untuk tamatkan sakit ini. Dan, alangkah tersedarnya saya bahawa Dia (Allah) hadir pada waktu yang tepat untuk selamatkanku daripada pengakhiran nafasku sendiri dalam cara ibuku sendiri tahu pada wajahku yang tak sama seperti dulu lagi dan saya sendiri memberanikan diri untuk bercerita kepadanya dan ia memelukku agarku tak mengakhiri hidupku sebegitu. Kedua, Keperitan yang ku tempuhi dulu adalah dari rasa yang begitu parah dalam merasai: Hilang Makna Hidup, Depression, Anxiety, Paranoia, Trauma, Philophobia dan Ego (seperti lagu Raw Version ku yang pertama: Sudah Berakhir) yang mampu membunuh jiwaku sendiri. Betapa remuk hati dan jiwaku dalam menahan segala beban pada masa yang sama. Ketiga, Selepas segalanya telah reda dan padaNya ku berserah hidup, hati, jiwa dan diriku. Dengan itu, segala perperangan dalam diri terhadap segala rasa sakit dan luka telah membawa kepada rasa yang baharu iaitu Ketenangan Jiwa. Kadang kita merasai sakit ini tidak akan berakhir namun disebaliknya, adalah kita akan menemukan cahaya yang tak diduga dan ketenangan yang indah dariNya. Akhir kata, segala penulisan lirik ini berdasarkan kisah saya sendiri yang berfikir ke arah mana emosi dan kebenaran yang sebenar mengikut rasaku yang sebenar. Dan, saya tetap sayang pada awak semuanya dan saya sendiri tak pernah meninggalkan awak semua ❤‍🩹❤‍🩹. Dan, di sini saya senaraikan lirik yang saya tuliskan: [VERSE] Aku pernah hidup dalam sunyi Jalan gelap tanpa arah yang pasti Hatiku seperti kota mati Tak ada warna, tak ada erti Namun saat kau datang mendekati Duniaku berubah tak seperti dulu Setiap senyumMu bagai mentari Yang cairkan beku di kalbu Aku takut jatuh berkali-kali Kerna cinta dulu tinggalkan parut di hati Tapi kau hadir tak pernah pergi Tenangkan badai yang menghantui diri Kau bukan sekadar pelangi Kau jalan keluar dari sepi Kau ubah duniaku sekali lagi Dari luka menjadi erti [PRE-CHORUS] Kau tarik aku dari gelap Tanpa perlu aku meminta Walau hatiku pernah rapuh Kau buat aku rasa layak untuk bahagia [CHORUS] Kerana HanyaMu, aku bisa rasa hidupku kembali bermakna Kerana HanyaMu, dunia yang kelam berubah jadi cahaya Jika kau pergi hilanglah aku Seluruh nafasku hanya milikMu Bahagiaku hanya bersandarkan satu HanyaMu Uhh.. Uhh.. [VERSE 2] Kau hadir tanpa ku duga Seperti doa yang lama terbiar Kau ajari aku percaya Bahwa cinta tak selalu menyakitkan Yeahh..! Kadang aku ragu pada diri Takut gagal untuk mencintai lagi Tapi kau tak pernah pergi Walau aku sering terjatuh sendiri Bahwa semua bukan janji kosong Tapi sesuatu yang aku genggam kuat Satu yang menolak kehadiranku Kau tetap tak hilang, kau layak disayangi Kini langkahku tak gentar lagi Kerana ku tak sendiri Setiap degup jantung ini Berbisik satu realiti [PRE-CHORUS] Bahagia bukan sekadar mimpi Bahagia itu kau beri Tak perlu lagi aku sembunyi Rasa ini telah aku pilih Selagi kau ada di sisi Aku tahu, hidup ini takkan perih [CHORUS 2] Kerana HanyaMu, aku bisa rasa hidupku kembali bermakna Kerana HanyaMu, dunia yang kelam berubah jadi cahaya Jika kau pergi hilanglah aku Seluruh nafasku hanya milikMu Bahagiaku hanya bersandarkan satu HanyaMu.. Ohh.. Ohh.. [BRIDGE] Jika suatu hari, aku hilang arah Pegang tanganku, jangan lepaskan Kerana aku tak perlukan dunia Aku cuma perlukan kamu [FINAL CHORUS] Kerana HanyaMu, aku percaya luka lalu bukan penamat cerita Kerana HanyaMu, aku belajar bagaimana rasa dicinta Jika esok datang tanpa suara Aku masih tahu siapa aku Seluruh hidupku takkan pernah sempurna Tapi sempurna saat ada.. HanyaMu.. Uhh.. Setulus dari saya: En. Qal #ALLINONEBANDSSTUDIO #HANYAMU #RAWVERSION #OFFICIALAUDIO