Binaan Yang Membawa Bukan Muslim Mendekati Islam | Masjid Jamek Cina Muslim Klang | Dokumentari
Channel 10 Malaysia
0:00 / 0:00
Binaan Yang Membawa Bukan Muslim Mendekati Islam | Masjid Jamek Cina Muslim Klang | Dokumentari
697 просмотров · 1 год назад
Channel 10 Malaysia
58,3 тыс. подписчиков
697 просмотров · 1 год назад
Sarat elemen tradisi Cina, Masjid Jamek Cina Muslim Klang di Bandar Botanik, dibina mengambil inspirasi Masjid Besar Xi’an di wilayah Shaanxi, China.
Dibina atas tanah Jabatan Agama Islam Selangor seluas 2.98 ekar, masjid tanpa kubah itu menerapkan ruang dan seni bina Masjid Besar Xi’an berusia 1,282 tahun – antara masjid tertua dan terbesar di China.
Masjid Besar Xi’an dibina pada 742 ketika pemerintahan Dinasti Tang. Struktur masjid itu mengalami pembaharuan dalam beberapa dinasti dan reka bentuk sekarang dibina pada 1384 semasa pemerintahan Dinasti Ming.
Keindahan dan ciri unik Masjid Besar Xi’an itu menarik minat ketua agama Islam negeri, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang menitahkan pembinaan mengambil ilham rekaan masjid besar itu.
Nikmati keindahan senibina Masjid Jamek Cina Muslim Klang menerusi dokumentari pendek terbitan kami ini.
#Channel10MY #Dokumentari #MasjidCinaKlang