Kaedah Rawat Sawan - Ustaz Syawal.
Ruqyah Al-Isra
0:00 / 0:00
Kaedah Rawat Sawan - Ustaz Syawal.
12 710 просмотров · 6 л. назад
Ruqyah Al-Isra
2,96 тыс. подписчиков
12 710 просмотров · 6 л. назад
#Sawan
KAEDAH RAWAT SAWAN !
SAWAN ATAU SHARA’ ATAU EPILEPSI.
Terdapat hadith sohih tentang tentang penyakit sawan iaitu :
عَطَاءُ بْنُ أَبِي رَبَاحٍ ، قَالَ : قَالَ لِي ابْنُ عَبَّاسٍ : أَلَا أُرِيكَ امْرَأَةً مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ؟ قُلْتُ : بَلَى ، قَالَ : هَذِهِ الْمَرْأَةُ السَّوْدَاءُ أَتَتِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَتْ : إِنِّي أُصْرَعُ ، وَإِنِّي أَتَكَشَّفُ ، فَادْعُ اللَّهَ لِي ، قَالَ : " إِنْ صَبَرْتِ فَلَكِ الْجَنَّةَ ، وَإِنْ شِئْتِ دَعَوْتُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَكَ " ، قَالَتْ : إِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ أَلَا أَتَكَشَّفَ ، فَدَعَا لَهَا
Dari Atha bin Abi Rabah, ia berkata, Ibnu Abbas berkata padaku :
“Mahukah aku tunjukkan seorang wanita penghuni syurga?” Aku menjawab, “Ya” ia berkata, “Wanita hitam itulah yang datang kepada Nabi s.a.w lalu berkata, Aku menderita penyakit shara' (epilepsi) dan auratku tersingkap setiap kali sawan itu menyerang . Doakanlah untukku agar Allah menyembuhkannya. Nabi s.a.w berkata, ‘Jika engkau mahu, engkau bersabar dan bagimu syurga, dan jika engkau mahu, aku akan mendoakanmu agar Allah menyembuhkanmu. Wanita itu menjawab, ‘Aku pilih bersabar.’ Lalu ia melanjutkan perkataannya, Tatkala penyakit shara' menimpaku, auratku terbuka, doakanlah agar auratku tidak tersingkap.’
Maka nabi pun mendoakannya.”
(Hadit riwayat Bukhari dan Muslim)
Sawan atau Epilepsi atau Shara’:
ialah sejenis penyakit yang menghalang anggota-anggota utama daripada menjalankan fungsinya kerana sumbatan yang menyekat beberapa bahagian dalaman otak dan juga saluran-saluran saraf yang menyebabkan anggota menjadi Cramp ( Kejang).
Menurut kitab fathul bari menjelaskan shara' (sawan) ada dua sebab :
1. Sumbatan pada saluran saraf.
2. Gangguan jin.
Kaedah rawatan :
1. Shara' ( sawan) yang disebabkan sumbatan perlu mendapatkan rawatan doktor bagi menyelesaikan masalah tersebut dan bersabar atas ujian ini.
2. Bagi sawan yang disebabkan gangguan Jin, maka perlu mendapatkan rawatan dengan Al-Quran dan hadith serta doa-doa yang matsur. ( Thib An-Nabawi)
3. Kaedah kedua-duanya iaitu gabungan di antara rawatan doktor dan juga rawatan dengan menggunakan ruqyah syariyyah ( Al-Quran, hadith dan doa) .
Moga Bermanfaat.