Balik Terengganu Lalu Thailand… Kali Ni Sampai PHATTHALUNG! 🇹🇭 | Kembara The AJMAL Family
The AJMAL Family
0:00 / 0:00
Balik Terengganu Lalu Thailand… Kali Ni Sampai PHATTHALUNG! 🇹🇭 | Kembara The AJMAL Family
417 просмотров · 6 дней назад
The AJMAL Family
1,08 тыс. подписчиков
417 просмотров · 6 дней назад
Perjalanan balik dari Alor Setar ke Kuala Terengganu kali ni kami buat lain sikit. Masuk Thailand melalui Bukit Kayu Hitam dan Sadao, singgah makan di Khu Tao dekat Hatyai, kemudian teruskan perjalanan hingga ke Phatthalung!
Kami bermalam di Varni Homestay & Handicraft, singgah melihat suasana Thale Noi, dan ambil gambar keluarga di 7-Eleven dengan Khao Ok Thalu sebagai latar. Kami balik semula ke Hat Tai tidur satu malam sambil pergi kedai squishy. Dalam perjalanan pulang melalui Pattani, sempat pula kami singgah di Sakom Beach Market sebelum masuk semula ke Malaysia melalui Rantau Panjang.
Inilah kembara kami sekeluarga merentas selatan Thailand. Kalau suka video perjalanan macam ni, jangan lupa like, subscribe dan kongsi dengan kawan-kawan. Jumpa lagi dalam kembara seterusnya!
Nota: Visual aktiviti bot di Thale Noi ialah ilustrasi. Kami tidak menaiki bot dalam perjalanan ini.
#Phatthalung #ThailandRoadTrip #TheAjmalFamily