[FULL] Majalah 3 (2026) | Mon, Sep 21 - Botok-Botok Rasa Yang Diwarisi | Tonton
TV3MALAYSIA Official
0:00 / 0:00
[FULL] Majalah 3 (2026) | Mon, Sep 21 - Botok-Botok Rasa Yang Diwarisi | Tonton
82 226 просмотров · 3 недели назад
TV3MALAYSIA Official
5,73 млн подписчиков
82 226 просмотров · 3 недели назад
1. Botok-Botok Rasa Yang Diwarisi - 2:02
Botok-Botok merupakan menu tradisi yang mempunyai kaitan dengan masyarakat Jawa dan Bugis yang membina penempatan di beberapa kawasan di Johor seperti Muar, Batu Pahat dan Pontian. Seiring perkembangan masyarakat, resipi ini turut mengalami inovasi apabila masyarakat Melayu Johor menggunakan potongan ikan bermutu tinggi seperti ikan tenggiri, bersesuaian dengan hasil laut tempatan. Keistimewaan Botok-Botok terletak pada cara penyediaannya yang dikukus selama kira-kira dua jam bersama 12 jenis daun herba dan ulam. Namun, menu warisan ini semakin kurang dikenali akibat arus pemodenan. Di Kampung Sri Paya, Kulai, warga emas terus berusaha mempertahankan resipi dan tradisi Botok-Botok agar tidak hilang ditelan zaman.
2. Seni Tradisi Wau Kapal - 23:19
Wau Kapal merupakan layang-layang tradisional yang menjadi wau rasmi dan antara lambang identiti negeri Selangor. Seni tradisi ini dipercayai mula dimainkan sekitar tahun 1850-an atau 1940-an di kawasan persisiran pantai, khususnya dalam kalangan petani dan nelayan. Keunikannya terserlah pada lapisan kedua wau yang berbentuk seperti kapal, lalu menjadi asal-usul namanya. Namun, perubahan zaman menyebabkan seni Wau Kapal semakin kurang dikenali. Di Kampung Bukit Kuching Tengah, Jeram, komuniti setempat berusaha mempertahankan warisan ini menerusi penghasilan dan inovasi Wau Kapal yang disesuaikan dengan perkembangan semasa agar tradisi tersebut terus dikenali dan diwarisi generasi akan datang.
Majalah 3 membawakan keunikan kisah Malaysia dari aspek kemanusian, makanan, teknologi, sukan, alam sekitar dan jatuh bangunnya sebuah negara bernama Malaysia.
#Majalah3 #Majalah32026
Tonton episod penuh di :
http://www.tonton.com.my
/ @tv3malaysia