LEPAK BANDO ft JSCF 2026 | SIRI 1 : Inisiatif Bandar Pintar Berpaksikan Rakyat
Majlis Bandaraya Johor Bahru
0:00 / 0:00
LEPAK BANDO ft JSCF 2026 | SIRI 1 : Inisiatif Bandar Pintar Berpaksikan Rakyat
175 просмотров · 3 нед. назад
Majlis Bandaraya Johor Bahru
800 подписчиков
175 просмотров · 3 нед. назад
Description :
🎙️PODCAST JOHOR SMART CITY FORUM (JSCF) 2026 VOL. 2 | SIRI 1
Johor Smart City – Inisiatif Bandar Pintar Berpaksikan Rakyat
Bagaimanakah pembangunan bandar pintar di Johor dapat memberi impak sebenar kepada kehidupan rakyat?
Dalam episod khas ini, YBrs. TPr Abdulhan bin Abd Lamit, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor) berkongsi mengenai hala tuju Johor Smart City, peranan PLANMalaysia Johor dalam merealisasikan agenda bandar pintar serta pelbagai inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan ke arah pembangunan bandar yang lebih pintar, mampan, inklusif dan berpaksikan rakyat.
Turut dikupas ialah kepentingan Johor Smart City Forum (JSCF) 2026 Vol. 2 sebagai platform strategik yang menghimpunkan pihak kerajaan, PBT, industri, pemaju dan masyarakat dalam memperkukuh ekosistem bandar pintar Negeri Johor.
🎤 Moderator : Puan Maslina binti Wahab
🎙️ Ahli Panel : YBrs. TPr Abdulhan bin Abd Lamit
Pengarah, PLANMalaysia Johor
Saksikan perkongsian penuh dan ketahui bagaimana Johor terus melangkah ke hadapan dalam membentuk bandar masa hadapan yang bukan sahaja berteraskan teknologi, tetapi bermula dengan keperluan rakyat.
“Bandar Pintar, Rakyat Sejahtera.”