Jalan Puchong & IOI Mall Puchong
Febie Loh
0:00 / 0:00
Jalan Puchong & IOI Mall Puchong
10 730 просмотров · 6 лет назад
Febie Loh
4,18 тыс. подписчиков
10 730 просмотров · 6 лет назад
Jalan Puchong & IOI Mall Puchong. Kali ini dari jalan yang saya lalu dari Bandar Puteri Puchong lepas tu turun ke Pusat Bandar Puchong tujuan nak pergi ke IOI Mall Puchong.
Sebenarnya agak takut nak pergi ke Mall untuk masa sekarang dengan keadaan sekarang mengenai berita wabak tu, kerana nak hantar kawan beli barang yang dia cakap penting, ya harus saya pergi tolong hantar.
Dan saya masuk melalui pintu dari sebelah kanan Mall dan kali ini bernasib baik dapat parking dekat luar tepi kedai-kedai yang berdekatan dengan Mall, jalan kaki pun banyak dekat dan tak payah bayar parking kerana dah lepas masa orang balik kerja.Yang saya ambik video kedai-kedai tu la tepi Mall.
Dan lepas ada berita mengenai wabak tu Mall pun sunyi tak banyak orang, dan lagi pula lepas CNY tentu tak banyak orang yang nak datang beli barang, dan semua kebanyakan dekorasi pun dah di bongkar kerana dah habis Raya, jadi saya dah terlepas peluang tu, jadi tak ada ambik video.
Dan restaurant pun tak banyak orang yang makan. Saya pun tak berani makan dekat Mall lagi baik saya beli dan bungkus balik baru makan.
Dekat Mall pun saya hanya sekejap beli barang yang di cari lepas tu cepat-cepat balik.Itu la keadaan sebenar dekat IOI Mall kemarin.
Maaf video masa jalan balik agak kurang jelas, lupa nak wipe cermin depan dengan air, lepas kena hujan renyai-renyai jadi kotor, jadi kena pantulan lampu nampak kotor dan kurang jelas.
Cukup sekian perkongsian dari saya mengenai Jalan dekat kawasan Puchong keadaan petang dan menjelang malam hari.
Harap-harap berfaedah bagi orang yang tengok video ini.
Terima kasih sudah tengok video saya. Kalau suka dengan video saya tolong jangan lupa like, komen & subscribe.