Перейти к содержимому

Bagaimana 4 Juta Liter Susu Segar Dihasilkan Setiap Hari

DESTINASI TV и FAMA TV

0:00 / 0:00

Bagaimana 4 Juta Liter Susu Segar Dihasilkan Setiap Hari

33 903 просмотра · 10 дней назад
DESTINASI TV и FAMA TV
33 903 просмотра · 10 дней назад
Bermula dengan hanya 2 ekor lembu pada tahun 1982, Ladang Eco Yap di Keningau, Sabah kini menguruskan kira-kira 5,000 ekor lembu dan menghasilkan sehingga 3.5 hingga 4 juta liter susu setahun. Dalam episod ini, Destinasi TV melihat dengan lebih dekat bagaimana operasi ladang lembu tenusu dijalankan, daripada pemakanan dan penjagaan lembu, proses pemerahan susu, pembiakan menggunakan artificial insemination, penjagaan anak lembu, sehinggalah kepada pengurusan susu dan pengeluaran daging. Penghasilan dan perkembangan industri tempatan ini turut mendapat sokongan serta kerjasama daripada FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) dalam usaha memperkukuhkan sektor agromakanan dan membantu pemain industri tempatan. 📍Lokasi » Eco Yap Keningau, Sabah 📢 Untuk petani, usahawan dan yang berminat dengan FAMA Pihak FAMA mengalu-alukan dan menjemput petani, usahawan serta sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti dan inisiatif FAMA. ➡️ Facebook: FAMA Malaysia ➡️ Youtube: FAMA TV 00:00 Intro 00:59 Dari 2 Ekor Lembu ke 5,000 Ekor 01:45 Mengenali Ladang Eco Yap & Baka Lembu 03:09 Makanan & Penjagaan Lembu Tenusu 06:00 Proses Memerah Susu 07:13 Bagaimana Susu Disejukkan & Dijaga? 08:21 Cabaran Mengurus 5,000 Ekor Lembu 10:26 Cabaran Industri Ternakan Malaysia 12:01 Sehari di Ladang Eco Yap 13:35 Bagaimana Lembu Dibuntingkan? 15:21 Menjaga Anak Lembu Sejak Hari Pertama 17:33 Masa Depan Industri Susu & Daging Malaysia 19:10 Dari Anak Lembu ke Lembu Pedaging 20:51 Bagaimana Susu Diproses & Dipasarkan? 24:31 Harapan untuk Generasi Muda 26:14 Masa Depan Susu & Daging Tempatan Destinasi TV adalah saluran digital yang mempersembahkan dokumentari mini mengenai kepelbagaian budaya, sejarah, dan tarikan tempatan di Malaysia. Kami membawa penonton menjelajahi keunikan makanan tradisional, kraf tangan yang memukau, dan pelbagai aspek budaya yang memperkaya warisan Malaysia. Setiap kisah kami sampaikan dilengkapi dengan penceritaan yang mendalam dan visual yang menarik, menjadikan setiap episod bukan sekadar tontonan, tetapi pengalaman yang mendidik dan menginspirasi.